Lain Macam. Baru Selesai Majlis Perkahwlnan, Sesvatu Terjadi Dekat Laman Neel0fa Sampai Berbelas Rlbu K0men

Usahawan dan s.elebriti p.opular, Neelofa, 32, selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz bersama pasangannya, pendakwah Haris Ismail, 26, dalam satu majlis di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Pada majlis itu, ijab kabul telah disempurnakan oleh adik kandungnya, Mohd Aqief Mohd Noor di sini tepat pukul 11.43 pagi tadi.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor menerima mas kahwin daripada Haris dalam bentuk sebentuk cincin.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran majlis pernikahan kami. Kami
berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati oleh Allah SWT,
insya-Allah,” ujar Neelofa dan Haris.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri; ahli keluarga Neelofa iaitu Datuk Halim Khan dan Datin Noor Kartini serta ahli keluarga Haris; Datuk Seri Ismail Nobat dan Datin Seri Normah Johari.Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 1 November 2020.

Y0u c0mplete half of my Deen, Alhamdulillah.

Di saat artikel ini dibuat, menerusi instagram neelofa, tidak sampai 45 minit beliau menaik muat status terbaru lebih dari 15 rlbu komen telah dibuat dan rata rata mendoakan dan mengucapkan tahniah pada pasangan pengantin baru ini.

Kredit : Sinar/IGNeelofa

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*