Hebat Fedtri Yahya! 2 Majlis Besar Dia Cover. Semalam MC Ernie-Syamel, Harini Lofa-Haris – Ntzen

Majlis pernikahan Neelofa dan PU Haris sebentar tadi sememangnya merupakan antara majis yang akan diingati kerana begitu gah walaupun sederhana.

Dipenuhi dengan bunga-bunga segar serba putih, mempelai dan para tetamu dilihat begitu menikmati suasana indah bertemakan Jabal Rahman di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur itu.

Pengaca majlis bangkitkan suasana

Antara yang mencuri tumpuan sudah tentu pengacara majlis yang begitu romantik menuturkan bicara bagi memandu majlis pernikahan tersebut menjadi lebih menarik.

Tak lain tak bukan suara emas itu milik pengacara terkenal, Ahmad Fedtri Yahya yang menggalas tanggungjawab sebagai pengacara majlis Neelofa dan Haris sehingga selesai.

mum sedia tahu bahawa Fedtri Yahya juga telah menjadi pembawa acara pada majlis pernikahan penyanyi Ernie Zakri dan Syamel semalam yang bertempat di carpe_diem_serendah.

Job back to back

Oleh itu, warganet yang perasan kehadiran beliau telah meninggalkan pelbagai komen diruangan Twitter dengan berasa teruja melihat sosok pengacara tersebut di majlis artis-artis kegemaran mereka.

Dia bagi salam pun dah bunyi sedap

Busy sungguh abang Fedtri kita ni

Cari duit banyak2 nak hireFedtri jadi MC kahwin

Ada juga yang menyuarakan cita-cita untuk mendapatkan khidmat pengacara Jejak Rasul ini yang sememangnya terkenal dengan madah yng cukup puitis jika membawakan acara.

Pada minggu lepas, Fedtri Yahya turut menjadi pengacara majlis bagi perkahwinan anak kepada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Norhisham Abdullah yang berlangsung secara tertutup dengan kehadiran hanya 30% dari keluasan dewan sahaja.

Sumber: Twitter, Fedtri Yahya

Sumber : OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*