TAHNIAH! Syamel Dan Ernie Zakri Selamat Diijab Kabulkan Dengan Sekali Lafaz Pagi Tadi.Tak Sangka Disini Mereka Bertemu Dan Mula Rapat

Sebentar tadi pasangan penyanyi sama cantik sama padan, Ernie Zakri dan Syamel selamat diijab kabulkan.

Pasangan itu sah menjadi suami isteri dengan hanya sekali lafaz pada jam 10.30 pagi, dan dinikahkan jurunikah, Ustaz Zainal dengan berwalikan bapa pengantin perempuan, Zakri Ahmad.

Majlis diadakan secara tertutup di Masjid Puncak Alam, Selangor dan dihadiri oleh 20 ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Syamel atau nama sebenar  Syameel Aqmal Mohd Fozly, 28, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM 300 dan seutas gelang tangan berlian. Namun nilai wang hantaran tidak dinyatakan.

Selain itu dia turut memberikan lima dulang hantaran berbalas tujuh.

Pasangan ini akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi pada 3 April, di sebuah lokasi di Kuala Lumpur.

Sebagai tambahan, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 15 Ogos tahun lalu.

Selain itu, Syamel dan Ernie atau nama sebenar Nur Ernie Shahirah Zakri, 29, mula rapat sejak menyertai rancangan Duo Star terbitan Astro pada 2017

Sumber : Instagram (erniezakri) , mStar

‘Aku suka kau…’

KUALA LUMPUR: Siapa sangka detik perkenalan menerusi sebuah pentas hiburan akhirnya membawa membenih cinta dalam hati pasangan penyanyi popular, Syamel, 27, dan Ernie Zakri, 28.

Sebelum ini, pasangan penyanyi duet menerusi lagu Aku Cinta itu sedaya upaya mengelak menjawab spekulasi dan kesahihan hubungan cinta yang terjalin. Namun, dari riak wajah dan bahasa tubuh yang ditunjukkan menerusi laman sosial, jelas ada bunga dalam taman hati.

Nyata, telahan ramai mereka ‘berpacaran’ tidak tersasar apabila berita pertunangan mereka tersebar. Syamel dan Ernie akhirnya mengikat tali pertunangan pada 16 Ogos lalu.

Seperti dijanjikan, Syamel mahupun Ernie tidak menyembunyikan majlis ringkas yang berlangsung di kediaman keluarga Ernie dan berkongsi berita gembira itu.

Berkongsi kisah percintaan, Ernie ketika ditemubual menerusi kapsul hiburan BHTV, Apa Kes? mendedahkan, dia nekad memulakan langkah pertama selepas berasakan wujud keserasian antaranya dan penyanyi yang mula dikenali menerusi lagu Hidup Dalam Mati itu.

“Cerita bermula apabila saya dan Syamel menyertai program Duo Star, empat tahun lalu. Mungkin sebab saya selesa dan enggan berterusan menyembunyikan perasaan dalam hati membuatkan saya nekad untuk berterus-terang dengannya. Saya beritahu Syamel, saya menyukainya.

“Niat saya meluahkan perasaan supaya boleh bekerja dengan tenang. Sejujurnya, saya tidak mengharapkan balasan apabila meluahkan perasaan. Saya tak mahu tertekan.

“Bagaimanapun, saya tak sangka pula tidak bertepuk sebelah tangan. Syamel menerima saya dan kami terus berkawan hingga memutuskan untuk bertunang, Ogos lalu,” kata penyanyi lagu Gundah dan Boneka itu kepada BH Online.

Syamel agak terkejut dengan keberanian Ernie Zakri meluahkan perasaan, tetapi percaya ada sebab berbuat sedemikian. – Foto IG Syamel

Mengulas tindakan berani Ernie, Syamel atau nama sebenarnya, Syameel Aqmal Mohd Fodzly berkata, pada awalnya, dia sangat terkejut dengan luahan hati tidak diduga. Bagaimanapun, bersikap terbuka dan percaya teman duetnya mempunyai alasan kukuh untuk berbuat demikian.

“Walaupun selalunya lelaki ada sikap berani, namun saya terkejut apabila ada wanita yang mampu berterus-terang dengan dalam meluahkan perasaan. Pun begitu, saya faham tujuan Ernie berbuat demikian.

“Kami bertemu setiap minggu ketika menyertai program Duo Star. Sejujurnya, saya dan Ernie memang menyimpan perasaan, cuma awalnya belum meluahkannya.

“Saya tak anggap tindakan Ernie meluahkan perasaan sebagai perbuatan gelojoh. Sebaliknya, saya sifatkan agak lembap dalam soal ini,” jelas pemenang trofi Artis Baharu Terbaik, Anugerah Industri Muzik 22 (AIM 22).

Berdasarkan khabar yang disampaikan, pasangan yang pernah memenangi trofi Vokal Terbaik, Anugerah Juara Lagu 32 itu bakal menamatkan zaman solo, awal tahun depan. Enggan terus berteka-teki, persoalan itu terus diajukan kepada si empunya diri.

“Jika mengikut perbincangan ahli keluarga kedua-dua pihak, kami mahu melangsungkan majlis pernikahan, awal tahun depan. Bagaimanapun, saya mahupun Ernie tidak berani berjanji memandangkan pandemik COVID-19 masih belum pulih. Malah, ramai bakal pengantin yang sudah menetapkan tarikh terpaksa menunda majlis.

“Apapun, ia bergantung kepada bagaimanakah situasi pada tahun hadapan. Jika keadaan mengizinkan, mungkin kami teruskan pada tarikh yang ditetapkan. Jika tidak, kenalah tunggu hingga keadaan pandemik COVID-19 kembali pulih,” jelas penyanyi yang bakal mencecah usia 27 tahun pada 26 November ini.

Pasangan penyanyi duet, Syamel dan Ernie Zakri itu sedaya upaya mengelak menjawab spekulasi dan kesahihan hubungan cinta yang terjalin, sebelum bertunang. – Foto IG Syamel

Adat pasangan pada alam pertunangan, pasti tidak boleh mengelak berdepan dengan situasi yang boleh menjejaskan keharmonian. Untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku, Syamel dan Ernie menjadikan komunikasi dan perbincangan sebagai kata.

“Tidak dinafikan, kita memang sentiasa terdedah dengan fitnah yang boleh merosakkan sesuatu perhubungan dalam situasi teknologi media sosial. Jadi, kami memang amalkan perbincangan untuk mengekalkan keharmonian dalam perhubungan sejak awal perkenalan lagi.

“Jika ada perkara yang tak puas hati, kami akan duduk berbincang. Tak perlu nak simpan, takut nanti makan dalam. Lebih baik luahkan supaya apa yang terbuku dalam hati dapat dilepaskan.

“Sebagai penyanyi, kami memang agak sensitif. Perkara kecil pun boleh jadi serius. Daripada perkara kecil menjadi melarat-larat, lebih baik selesaikan dengan cara lebih berdiplomasi,” kongsi pasangan ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*