Kongsi Foto Tak Butang Baju, Pakai Stokin Jaring, Smp Mila Jirin Pun Sedih Hingga Tulis Sesuatu Utk Nonny Nadirah

Umum sedia maklum hubungan cinta Nonny Nadirah dan pelakon, Niezam Zaidi berakhir di tengah jalan apabila pasangan itu mengambil keputusan tidak meneruskan majlis perkahwinan yang telah dirancang.

Namun nama Nonny Nadirah tiba-tiba menjadi bualan hangaat pengguna media sosial pagi ini apabila penampilan seorang wanita berbaju putih dengan stokin jaring dimuat naik olehnya menerusi sebuah video di laman Instagram. Timbul tanda tanya dalam kalangan peminat, adakah itu Nonny?

Hantaran itu juga disertakan dengan kapsyen ‘It’s good to be back’ yang bermaksud ‘bagus untuk kembali’. Tidak dapat dipastikan apa yang cuba disampaikan oleh Nonny namun berkemungkinan dia bakal kembali dengan penampilan terbaru.

Di Instagram story, Nonny turut berkongsi video yang sama beserta lagu. Tinjaun Ohbulan juga mendapati semua gambar lama Nonny telah dipadam.

Nonny sebelum ini berpisah dengan suaminya pada 2019 sambil menyifatkan ianya jalan yang terbaik buat mereka berdua.

Perpisahan ini juga membuatkan saya lebih dekat dengan Allah. Semua yang terjadi mengajar saya supaya lebih matang menangani setiap masalah dan berusaha membentuk diri ke arah yang lebih baik.

Respon kawan baik Nonny,

“Jangan sia-siakan hidayah Allah.” -Mila Jirin bimbang Nonny Nadirah buka tudung

Sejak malam tadi, ramai yang agak terkejut dengan posting yang dibuat pelakon, Nonny Nadirah yang dilihat menampilkan sosok seorang wanita dengan pakaian seksi bergambar tanpa memperlihatkan wajah.

Ramai menjangkakan akaun Instagram pelakon tersebut telah digodam kerana Nonny merupakan antara selebriti yang sudah berhijab.

Mila harap Nonny tak sia-siakan hidayah Allah

Dalam kapsyen yang disertakan dengan gambar seorang wanita mendedahkan peha itu, Nonny menulis ‘It’s good to be back.”

Namun, sedih mendengar khabar bahawa Nonny seakan berita itu seakan benar apabila sahabatnya, Mila Jirin menulis rasa sedih mendengar ujian yang diterima pelakon itu.

Nonny Nadirah, ingat tak waktu kita di Makkah dan Madinah???Nurkilan buat sahabatku NONNY NADIRAH

Non, mu adalah seorang yang sangat baik! Bila berpeluang rapat dengan mu (sangat sangat rapat) hingga kita ke Makkah Madinah sama sama tunaikan umrah. Mu peluk ku dan menangis waktu kita habis ibadah umrah waktu kita sama sama atas bukit Marwah. Mu peluk aku kuat kuat dan nangis sambil mu ucapkan terima kasih bawa mu ke tanah suci.. Dekat atas bukit Marwah tu ku cakap pada mu, Allah yang jemput mu kesini, terima kasih pada Allah…Ku puji mu nampak cantik bertudung, ku mohon pada Allah disitu juga agar mu kekal bertudung…Alhamdulillah bila mu buat keputusan nak berhijrah selepas pulang dari umrah ku antara hamba Allah yang palinghg seronok…

Tapi non, semalam aku menggigil lihat IG mu…Ku call mu, Alhamdulillah dapat bercakap dengan mu sekejap, ku sangat sedih non…. Sedih kenapa ku tak boleh ada tepi mu untuk dengar semua keluh kesah mu 😔

Non, ku mohon jangan buat perkara perkara yang bercanggah dari perintah Allah.. Non ku mohon, jangan sia siakan hidayah yang dihadiahkan oleh Allah..Non ku mohon, lawan godaan syaitan! Ramai sayang mu non!

Lepas cakap dengan mu, @nurhelizahelmi call ku, kami berdua sangat sedih non! jika mu sangat sayang persahabatan kita, non tolong! ku mohon, jangan sia siakan hidayah yang dah Allah hadiahkan buat mu 😢

Non semalam, tatkala @bismie_amer whatsapp dan screenshort posting IG mu yang terbaru, ku 100% percaya itu bukan mu! Ku cakap pada diri ku..IG mu kena hack ni…tapi non…LULUH HATI KU NON…Sedih sangat sedih…Ku rasa macam nak ke sabah semalam jugak jumpa mu teman dengar apa masalah mu sebab ku tau, mu sangat baik! anak yang baik!

non ku tau mu pasti baca posting ku ini…non ingat REZEKI MILIK ALLAH. usaha ikhtiar lah cara apa juga selagi mana ianya halal dan mendapat keberkatan. Allah sedang uji mu wahai sahabat! sebab Allah sayang, plese kuat non!! jangan terpedaya dengan syaitan.

terakhir kali, ku mohon non…dengan sepenuh hati, jangan lah mu berubah kepada kehidupan yang lagha dan penuh sia sia… Ramai yang sayang mu non…Allah sayang mu…

Ikhlas,Sahabat mu ❤

Seakan mengiyakan bayangan bahawa selebriti tersebut telah membuka tudung, Mila menceritakan bagaimana dia berasa begitu panik lantas menelefon sahabatnya setelah melihat Instagram Nonny.

“Tapi non, semalam aku menggigil lihat IG mu…Ku call mu, Alhamdulillah dapat bercakap dengan mu sekejap, ku sangat sedih non…. Sedih kenapa ku tak boleh ada tepi mu untuk dengar semua keluh kesah mu 😔

“Non, ku mohon jangan buat perkara perkara yang bercanggah dari perintah Allah.. Non ku mohon, jangan sia siakan hidayah yang dihadiahkan oleh Allah..Non ku mohon, lawan godaan syaitan! Ramai sayang mu non!”

Mila memberitahu bahawa dia sangat terkejut apabila suaminya memaklumkan hal tersebut dan tidak mempercayainya. Namun apabila dia menelefon sendiri Nonny, dia mendapat khabar yang sangat mendukcitakan.

“Non semalam, tatkala @bismie_amer whatsapp dan screenshort posting IG mu yang terbaru, ku 100% percaya itu bukan mu! Ku cakap pada diri ku..IG mu kena hack ni…tapi non…LULUH HATI KU NON…Sedih sangat sedih…Ku rasa macam nak ke sabah semalam jugak jumpa mu teman dengar apa masalah mu sebab ku tau, mu sangat baik! anak yang baik!”

Oleh itu, dia berharap sangat supaya pelakon kelahiran Sabah itu memikirkan sebaiknya dan sayang akan hidayah yang diberikan oleh Allah S.W.T kepadanya.

Dia berdoa supaya Nonny terus istiqomah dan sabar dengan segala dugaan yang mendatang supaya imannya terus terjaga.

“non ku tau mu pasti baca posting ku ini…
non ingat REZEKI MILIK ALLAH. usaha ikhtiar lah cara apa juga selagi mana ianya halal dan mendapat keberkatan. Allah sedang uji mu wahai sahabat! sebab Allah sayang, plese kuat non!! jangan terpedaya dengan syaitan.”
“Terakhir kali, ku mohon non…dengan sepenuh hati, jangan lah mu berubah kepada kehidupan yang lagha dan penuh sia sia… Ramai yang sayang mu non…Allah sayang mu…”

Setakat ini, Nonny Nadirah belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung hal tersebut. Namun begitu, gambar-gambar sebelum ini telah tiada di akaun Instagramnya dan hanya tinggal gambar seorang wanita seksi tanpa menampakkan wajah di laman sosial miliknya.

Sumber Obulan/OMM

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*