Bekas perisik Korea Utara dedah pengalaman mengejutkan Ramai Pihak

KIM HYUN HEE kelihatan sama seperti wanita biasa. Tapi wanita kelahiran Kaesong, Korea Utara ini sebenarnya bukan calang-calang orangnya. Dia merupakan bekas perisik Korea Utara. Dia kini hidup bebas di bawah perlindungan Korea Selatan dan tampil mendedahkan kebenaran menakutkan semasa berkhidmat sebagai pengintip.

Sebelum menjadi perisik, Kim asal nya cuma gadis biasa yang sangat naif tentang dunia penyiasatan. Bapanya ialah seorang diplomat dan keluarganya pernah menetap di Cuba untuk beberapa ketika.

Di sekolah, Kim cemerlang sebagai pelajar, memiliki ketajaman fikiran dan cantik. Namun, semuanya berubah sekitar tahun 1970-an apabila sebuah kereta hitam muncul di sekolahnya. Beberapa orang lelaki yang keluar daripada kereta itu mendakwa dari pertubuhan politik Parti Tengah. Mereka ingin berjumpa dengannya untuk memberitahu bahawa dia telah dipilih menjadi seorang perisik. 

Dia kemudian diarahkan supaya tidak berlengah dan berkemas dengan kadar segera. Menurut Kim, dia tidak diberikan cukup masa untuk mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakannya. Malah dia hanya diberi peluang semalaman bersama keluarga tersayang sebelum dibawa pergi. Selepas dari hari itu, bermulalah sejarah hidup baru Kim sebagal perisik.

Selain menjalani latihan fizikal dan bahasa, Kim bersama pelajar lain turut diperlihatkan filem-filem berbentuk propaganda. Pada akhir latihan pula, wanita ini menjalani ujian ketat yang mana sebahagian daripada peperik saan akhir memerlukan beliau untuk menyusup dan menghafal dokumen olok-olok daripada kedutaan.


Tamat di situ, dia dihantar pula ke China untuk mendalami bahasa Cina. Pada usia 25 tahun, Kim telah bersedia memainkan peranannya untuk melengkap kan misi yang amat penting kepada pemimpinnya.

Jelas Kim, di negara kelahirannya, mereka telah diajar bahawa pemimpin Kim II-sung ialah Tuhan, manakala rakyat cuma pengasas. Oleh itu, mereka harus mendahulukan pemimpin sebelum ibu bapa sendiri.

Malah sejak kecil lagi, anak-anak diajar untuk mengatakan ‘terima kasih’ kepada Ketua Besar dalam semua hal. Jika tersalah cakap, walaupun ia adalah tidak disengajakan, seseorang itu akan berdepan dengan hukuman. Atas sebab itulah, mereka tidak sesekali berani membantah segala arahan dan permintaan pihak berkuasa.

Pada tahun 1987, selepas lapan tahun menjalani latihan, Kim menerima tugasan pertama sebagai perisik. Dia dipilih untuk menjalankan satu misi penting-meletupkan pesawat Korean Air Penerbangan 858. la satu plot yang telah dirancang dengan teliti untuk mengganggu dan menakut-nakutkan warga asing yang datang ke Sukan Olimpik di Seoul pada tahun 1988.

Mereka kemudian menaiki pesawat Penerbangan 858. Sebaik sahaja meletakkan bom dalam rak tempat bagasi pada pesawat tersebut, mereka meninggalkan Abu Dhabi dan pergi ke Bahrain. Tidak lama selepas itu, pesawat berkenaan meletup dan jatuh bertebaran dalam hutan berhampiran sempadan Thailand – Burma. Semua penumpang seramai 115 orang termasuk anak kapal dilaporkan terbunuh dalam tragedi itu.

Ketika mereka cuba menaiki pesawat meninggalkan Bahrain, Kim bersama rakan setugasnya itu ditahan selepas pihak berkuasa negara itu menyedari mereka menggunakan pasport perjalanan palsu. Semasa diperiksa dan disoal siasat, Kim dipujuk oleh rakannya itu supaya mereka menelan sianida – sebatian kimia yang sangat beracun, disembunyikan dalam satu paket rokok.


Kim masih teringat kata-kata terakhir rakan yang menyamar bapanya itu – “Apa yang menanti kita ialah soal siasat dan akhirnya kematian. Saya telah tinggal lama di dunia ini dan sudah tua. Tetapi anda (Kim) masih terlalu muda. Saya minta maaf.


Jelas Kim, ejen biasanya terpaksa membunuh diri apabila misi gagal di laksanakan. Justeru, beliau juga nekad untuk memakan bahan berbahaya itu. Namun, dia berjaya diselamatkan tetapi ‘bapanya disahkan maut serta merta di tempat kejadian’. Selepas kembali pulih, Kim diterbangkan ke Korea Selatan untuk dibicarakan. Beliau dijatuhkan hukuman mati tetapi kemudiannya diampunkan selepas kerajaan memutuskan dia telah dicuci otak (brainwash) oleh pihak berwajib di negaranya.


Selepas berhenti menjadi perisik, Kim menerbitkan sebuah buku bertajuk, The Tears of My Soul. Hasil jualan buku itu disumbangkan kepada keluarga bekas mangsa-mangsa pengeboman pesawat Penerbangan 858. Kini, Kim tinggal di lokasi yang tidak didedahkan dan kekal di bawah perlindungan kerajaan Korea Selatan Perlindungan yang diberikan itu bagi mengelakkan sebarang tindak balas, sama ada daripada keluarga mangsa ataupun kerajaan Korea Utara.


Di Korea Selatan, beliau bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang juga bekas ejen perisik Korea Selatan pada bulan Disember 1997. Suaminya itu juga pernah berkhidmat sebagai pegawai peribadi beliau. Hasil perkah winan itu, mereka dikurniakan dua orang anak. Bagaimanapun, sehingga ke hari ini, beliau masih tidak tahu apakah nasib yang berlaku kepada keluarganya di Korea Utara. 

Artikel ini ditulis Oleh Rosminah Haji Bakkang

SUMBER ASAL: https://www.jagadita.com/2021/03/bekas-perisik-korea-utara-dedah.html?fbclid=IwAR1snveVqHegT7M0mvTzL3RikO07W2UrrwCvG7sbjqhXAkdhBZ8RHXwGXZU&m=1

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*