Air Mata Noorkhiriah Tumpah, Ini Rayuan Noorkhiriah kepada TikTokers

Pelakon Noorkhiriah merayu kepada pengguna media sosial TikTok supaya tidak menggunakan video lamanya ketika tidak berhijab.

Luahan tersebut dibuat Noorkhiriah menerusi satu posting di Instagramnya, hari ini.

Menurut Noorkhiriah, dia kini telah ‘dibanjiri’ dengan pelbagai mesej daripada orang ramai yang berkongsi video lakonan lamanya.

“Sebenarnya dah cakap banyak kali, dah berbuih mulut.

“Ramai mesej akak hantar video lama-lama akak, katanya dah viral dekat TikTok.

“Akak sedih, korang dah tau kan akak dah full berhijab tapi masih nak keluarkan cerita waktu belum bertudung.

“Sudah la tidak bertudung, akak dalam video tu berkemban walaupun ada tuala kat atas.

“Kalau korang berfikiran waras, mesti takkan keluarkan video macam tu,” katanya.

Jelasnya, dia memang tidak mempunyai kuasa jika membabitkan stesen televisyen kerana hak cipta milik mereka.

“Tapi untuk budak TikTokers ni, tolong lah akak merayu sangat.

“Tak kiralah minat sekali pun tolonglah, jangan keluarkan cerita yang nampak aurat akak.

“Bila disuruh padam tak padam. Allah dah tutup aib akak cantik-canti tapi korang keluarkan juga,” katanya.

Sumber: GEMPAK

Biodata Noorkhiriah, Pelakon Drama Nur 2

Biodata

1. Pemilik nama sebenar Noorkhiriah binti Ahmad Shapie. Menggunakan Noorkhiriah sebagai nama komersial.

2. Kelahiran Raub, Pahang, Malaysia pada 18 April 1976. Kini berusia 43 tahun.

3. Kediamannya terletak di ibu kota, Kuala Lumpur.

4. Merupakan pelakon dan pelawak.

5. Mula menyerikan dunia hiburan tanah air sejak tahun 1999.

6. Mendirikan rumah tangga dengan Azfaizul Ahtan pada 11 November 2006 sebelum dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hudhaifah dan Muhammad Yusoff.

7. Membintangi filem Raindogs, Gubra, Syaitan, Susuk, Los Dan Faun, Papadom, Papadom 2 dan Kamar Seksa.

8. Kemunculannya di layar kaca menerusi telefilem Pulau Inspirasi, Airmata Ibu, Nek Kiah, Terlerai Takbir Kasih, Antara Garisan dan Jubah Hitam.

9. Juga drama Kerana Cintaku Saerah, Emil Emilda, Matahari, Pepaya, Sindarela, Ejen 2×5, Oh Yeah, Boona Boonie, Naik Lift Turun Tangga, Tanah Kubur (Musim 3), Edisi Khas, Debunga Lalang, Yes Boss, Tanah Kubur (Musim 11), Nur, Sejadah Untuk Dia, Ahmad Rosli Arwahkan Ketua Kampung, Jawatankuasa Kampung Kalut (JKK) dan terkini, Nur 2.

10. Lakonannya berbekas di hati peminat menerusi watak Aisyah dalam drama Nur dan Nur 2 arahan Shahrulezad Mohameddin, bergandingan dengan barisan pelakon seperti Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Noorkhiriah, Azhan Rani, Atiq Azman, Datuk Jalaluddin Hassan dan Fatimah Abu Bakar.

11. Turut mempelbagaikan cabang kerjaya seni sebagai pengacara program Kecoh Dapur (Musim 2) bersama Ieda Moin untuk siaran TV2 pada 2017.

12. Pemegang trofi Artis Komedi Wanita Popular sebanyak tiga kali berturut-turut di Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Juga kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama) di Anugerah Skrin 2007 dan Pelakon Wanita Terbaik (Drama) di Anugerah Skrin 2010.

Foto

. .

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*