Cikgu nikah dengan anak murid sendiri, kenal ‘time’ suami tingkatan 3, tak sangka jarak umur mereka

Ajal, rezeki dan jodoh sememangnya perkara yang menjadi rahsia Allah S.W.T. Antara yang kerap menjadi penantian setiap manusia adalah waktu diberikan jodoh yang tepat bagi melayari kehidupan sebagai suami isteri hingga ke akhir hayat.

Hal ini dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang juga merupakan seorang model dan guru apabila bertemu jodoh dengan anak muridnya sendiri pada tahun lalu.

Suami 25 tahun, isteri 36 tahun

Menerusi akaun TikTok @izzaerma, dia memaklumkan mereka berkenalan ketika suaminya di tingkatan tiga dan dia sudah pun bergelar guru. Namun ketika itu hubungan mereka sekadar guru dan anak murid sahaja.

Setahun rapat terus kahwin

Izza Erma, 36 telah memuat naik video bersama suaminya yang berusia 25 tahun namun kelihatan sebaya kerana masing-masing bahagia dengan perkahwinan tersebut.

Mereka melangsungkan perkahwinan pada 20 Disember 2020 setelah satu tahun berkenalan dengan lebih rapat.

Pernah ajar suami masa tingkatan tiga

Walaupun berbeza usia lebih dari 10 tahun, namun apa yang menarik perhatian warganet adalah disebabkan suaminya adalah anak murid di sekolah yang sama tempat wanita itu mengajar satu ketika dahulu.

Tahniah! Yang masih single rileks je dulu ok

Jadi, menerusi perkongsian yang dibuat di akaun TikTok tersebut, rata-rata warganet telah menitipkan ucapan tahniah ke atas perkahwinan mereka yang memasuki usia 3 bulan.

Warganet juga sempat berseloroh dengan mengatakan jodoh mereka berkemungkinan juga masih bersekolah melihat daripada jarak usia seperti pasangan romantik itu.

Suka tengok korang berdua

Ramai rupanya kahwin beza usia jauh

Semoga bahagia hingga akhir hayat

Mungkin jodoh korang tengah study lagi

Nampak sebaya je muka

Sumber OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*