Bapa Baru Meningg4l Dunia, Anak-Anak Bergilir P0nteng Sekolah Untuk Jaga Ibu Yang S4kit. Subhanallah

Bapa Baru Meningg4l Dunia, Anak-Anak Bergilir P0nteng Sekolah Untuk Jaga Ibu Yang S4kit. Subhanallah

Lima beradik di Kampung Salak di sini, hilang tempat bergantung selepas bapa mereka meningg4l dunia seminggu lalu akibat penyakit l3lah. Lebih m4lang, apabila ibu mereka juga tidak mampu menguruskan mereka dan hanya mampu terbaring di atas tilam ekoran terlibat dalam kemal4ngan sejak setahun lalu yang mengakibatkan wanita itu lumpvh seluruh badan.

Anak sulung keluarga itu, Nafrah Qistina Razali, 12, murid Sekolah Kebangsaan Belimbing, kini terpaksa bergilir dengan adiknya menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga bagi menjaga ibunya, Rahimah Omar, 42, yang terlantar di atas katil.

Menurut Nafrah, dia akan bergilir menjaga ibunya dengan adik keduanya, Muhammad Habbi Al Muhaimin Razali, 10. “Ada ketika saya tidak sekolah selama seminggu, lagi pun ibu perlukan perhatian khusus kerana tidak boleh makan dan minum seperti biasa dan hanya bergantung kepada susu khas sebagai penambah tenaga.

“Ibu juga perlu dipakaikan lampin pakai buang kerana dia tidak mampu menguruskan dirinya sendiri,”katanya kepada Sinar Harian. Nafrah berkata, setakat ini keluarganya ada menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu bantuan untuk salah seorang adik dari adik kembarnya Nuaiqalisa Razali, 5 dan ibunya yang sakit.

“Namun perbelanjaan kami tidak mencukupi kerana rumah yang kami diami ini merupakan rumah yang disewa. “Harga sewa rumah RM300 dan kami buntu memikirkannya kerana sumber pendapatan tetap keluarga tiada selepas ayah yang bekerja sebagai pemandu lori sebelum ini, meningg4l dunia,” katanya.

Menurut Nafrah, kini dia hanya menggunakan wang JKM untuk menampung perbelanjaan makan dan minum mereka sekeluarga termasuk bayar sewa rumah, bekalan susu dan lampin pakai buang ibu mereka di samping untuk belanja dapur.

Terdahulu, Nafrah dan keluarga dikunjungi Mantan Setiausaha Dun Bukit Panau, Mohd Alias Yusof dan mantan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKP) Mohd Rozimi Mohd Zain. Alias berkata, pihaknya amat bersimpati terhadap nasib keluarga berkenaan dan akan berusaha mendapatkan bantuan susulan demi kelangsungan hidup keluarga itu.

Sumber:Sumber/Sinar via majalah-harian.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*