Lelaki Ini ‘SOUND’ Dr.Noorhisham Sbb Buat Majlis Tak Follow SOP,Tak Pakai Mask Dan Tiada Penjarakan!! Skali Respon Balas Dr Noorhisham Buat Lelaki Itu Terdiam,Memang Padu!!

Semalam, tular beberapa keping gambar di media sosial mengenai majlis resepsi anak perempuan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang berlangsung di BoraOmbak, Putrajaya.Berikutan itu, terdapat segelintir individu mempertikaikan beliau tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakan sosial.

Salah seorangnya adalah pengguna Twitter @zack_rockstar yang memuat naik tangkapan skrin daripada sebuah posting di Facebook memaparkan Dr Noor Hisham sekeluarga bergambar di atas pelamin.

“Tahniah @DGHisham dapat menantu tapi kenapa macam takde SOP? Facemask tak pakai penjarakan sosial pun takde nampaknya,” soal lelaki tersebut.

Bagaimanpun, Dr Noor Hisham menepis dakwaan tersebut dengan mengatakan acara perkahwinan itu hanya dihadiri ahli keluarga dan tiada orang luar yang menjadi tetamu majlis.

“Ini semua ahli keluarga saya dan tiada orang luar. Hanya untuk bergambar seketika atas pentas,” balas beliau di ruangan komen.

Personaliti TV, Fedtri Yahya yang menjadi pengacara majlis tersebut turut menjelaskan bahawa kenduri itu hanya dihadiri kaum kerabat dengan menjaga SOP sebaiknya.

“Semua anak menantu & cucu dia. Ini majlis yang sangat menjaga SOP. Jemputan tak sampai 100. 90% ahli keluarga,” katanya.

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan membenarkan majlis sosial seperti resepsi perkahwinan, kenduri, doa selamat dan majlis hari jadi dengan SOP yang ketat.

Sumber: Twitter @zack_rockstar

via Ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*