Disangka Berkahwin Dengan Budak Bawahan Umur!! Rupa rupa nya Ini Hal Sebenar Buat Ramai Tak Sangka

Selain perbezaan usia dan jarak, jodoh juga tidak mengenal keadaan fizikal seseorang. Kalau dah cinta sepenuh hati, si dia pasti akan menerima seadanya dan tolak tepi soal paras rupa atau ketinggian pasangan.

Terbaru, tular beberapa keping gambar berbentuk video di aplikasi TikTok memaparkan pengantin perempuan yang memiliki fizikal ‘kecil molek’ selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihan hatinya.

Video tersebut dimuat naik oleh salah seorang kenalan terdekat pengantin yang dikenali sebagai @misspikah96 sehingga meraih ratusan ribu tontonan.

Selamat pengantin baru Yaya!

Walaupun tidak mencapai ketinggian suaminya, pengantin perempuan yang dipanggil Yaya itu tetap tersenyum manis meraikan hari bahagia dengan menjayakan ‘photoshoot’ bersama suami tercinta.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet memuji kecomelan selain mempersoalkan umur wanita tersebut yang disangka masih kanak-kanak lagi.

Tidak berdiam diri, salah seorang keluarga pengantin lelaki tampil menjelaskan kepada semua bahawa pengantin perempuan berkenaan sudah berusia 27 tahun.

Comelnya!

27 tahun dah

Saya pun sama! Kalau bawa anak, orang ingat adik

Allah sebaik2 perancang

Siapa kita mahu menilai jodoh orang lain, asalkan sudah halal dan menjalani kehidupan dengan bahagia. Selamat pengantin baru!

Sumber: TikTok @misspikah96

Adakah JODOH pertemuan telah ditentukan?


Buat panduan bersama, soal jodoh dan pertemuan bukan suatu yang mudah untuk diungkapkan kerana kadang-kadang ia terjadi dengan sendiri tanpa kita sedari.Allah berfirman : “Dan di antara tanda-tanda kekuasaaan Allah ialah menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”(Surah Ar-Rum: 21)

Dalam kehidupan masyarakat, perkahwinan dan pernikahan sangat diperlukan. Tujuannya adalah untuk meneruskan kehidupan umat manusia di bumi ini. Perkahwinan merupakan fitrah bagi setiap makhluk Allah dan menjadi asas bagi melanjutkan bahtera kehidupan. Seringkali kita mendengar ungkapan: jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan. Pendapat ini baik kerana ia dapat mendidik manusia dengan sifat Qana’ah (bersyukur dengan apa yang ada) tetapi, wujud pula manusia yang terlalu cepat menyerah kepada takdir, tanpa sebarang usaha.

Beberapa pendapat tentang jodoh :



2- MENCARI JODOH

“Jodoh di tangan Tuhan, tetapi manusia harus beriktiar mencari dan memilihnya.” Pendapat ini lebih baik dari pendapat pertama, walaupun masih belum sempurna. Masalahnya terletak pada sudut ikhtiar untuk mencari dan memilih jodoh.


.



Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak merupakan perkara asas, iaitu atas persetujuan dari calon suami dan isteri. Ini disebabkan perkahwinan di dalam Islam bertujuan untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut. Kedua orang tua harus turut serta memikirkan atau memerhatikan jodoh bagi anaknya. Jadi, masalah memilih jooh dalam Islam boleh dilakukan oleh anak ataupun kedua orang tua. Namun begitu, kedua orang tua tidak boleh sesuka hati mencarikan calon untuk anaknya. Ianya mestilah berlandaskan ajaran Islam.

Walaupun perasaan cinta dan kasih sayang merupakan fitrah dari Allah, tetapi k
iat perlu sedar bahawa keabadian cinta itu tidak diperolehi sebagai satu anugerah tanpa diiringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Sikap berhati-hati dalam menentukan pilihan untuk pasangan hidup merupakan ciri khas dari insan budiman. Sekiranya salah membuat pilihan, bererti sepanjang hayat menanggung penyesalan sikap memilih dan ingin dipilih adalah hak bagi setiap manusia.

KESALAHAN-KESALAHAN YANG PERLU DIELAKKAN

Ketika dahulu,sangat mudah untuk ibu bapa menjodohkan anak-anak mereka.Sudah tentu kerana ketika dahulu,jarang kedengaran berita-berita seperti kes rogol,buang bayi dan gejala tidak sihat dikalangan anak-anak muda.

Zaman sekarang sudah berubah.Kedengaran sesetengah ibu bapa enggan mengahwini anak-anak mereka.Antara alasan-alasan berikut :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*