“Ehh..Tempat Yang Sama Cuma Pasangan Yang Berbeza”- Rupanya Bekas Isteri,Laudya & Aleeysa Pun Engku Emran Pernah Bawak Naik Belon Panas?..Ada Video Nya

Umum mengetahui, kakak kepada selebriti popular Neelofa iaitu Noor Nabila dilamar Engku Emran di atas belon udara panas beberapa minggu sebelum melangsungkan majlis pernikahan pada Jumaat lalu.

Terbaru, sebuah agensi media Indonesia, Surya Citra Media melaporkan Emran dikatakan mungkin pernah menaiki belon udara panas tersebut bersama bekas isteri Laudya Cynthia Bella.

Menerusi laporan video di saluran Youtube, media itu menceritakan kembali detik lamaran romantis Emran yang meminta Nabila melihat nota ‘Nikoh Jom’ yang diletakkan di atas rumput sambil menyarungkan sebentuk cincin.

Minit 3:27

Menurut laporan tersebut lagi, selain itu Emran dan Laudya juga masing-masing dilihat mengikuti akaun @myballoonadventure di Instagram yang menawarkan perkhidmatan belon udara panas berkenaan.

“Lantas benarkah ini petanda jika dulu Bella dan Emran juga pernah menghabiskan waktu berdua di atas belon udara tersebut,” kata media berkenaan.

Setakat ini, video berkenaan menerima hampir 27,000 tontonan selain pelbagai reaksi netizen mengenai perkara tersebut.

Ada yang mendoakan kebahagiaan Emran dan Nabila, malah ada juga individu mengecam tindakan Emran apabila sering gagal melalui perhubungan rumah tangga dengan sebaiknya.

Tahniah! Secocok

Doa yang baik2 saja

“Dasar buaya darat”

Moga Bella kuat…

Malah lebih menguatkan kenyataan, dalam sebuah video lain di Youtube pada 2017, kelihatan pasangan itu bersama Engku Aleesya (anak hasil perkahwinan Emran & Erra Fazira) bersiar-siar di atas udara menaiki belon panas tersebut.

Video lama Emran & Laudya bersama Aleesya

Untuk makluman, ini adalah perkahwinan ketiga bagi Emran selepas dua perkahwinan terdahulu bersama pelakon popular, Erra dan Laudya berakhir dengan perceraian.

Sumber: Cari Forum , Youtube Surya Citra MediaGerak Geri Artis

Kredit: Ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*