Bapa Bongkar Rahsia ‘Payung’ Gambar Pengantin Buat Ramai Lelaki Koyak Teruk,Ramai Yang Patah Hati,Lagi Lagi Tengok Video Tu

SELEPAS tersebar foto penyanyi Elizabeth Tan memakai gaun pengantin di laman sosial, kali ini bapanya iaitu David Tan Suan Chew pula berkongsi foto dipercayai upacara perkahwinan anak perempuannya itu.Menerusi laman Facebook, David memuat naik sekeping foto memperlihatkan penyanyi lagu Semua Sudah itu bersama seorang lelaki berada di hadapan paderi yang sedang membacakan ikrar perkahwinan.

Dalam hantaran tersebut, David turut menulis kapsyen memaklumkan Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy, 28, merupakan anak perempuan terakhirnya.

“Anak perempuan terakhir saya, Elizabeth,” tulisnya.

Meskipun tidak menyatakan butiran lanjut mengenai majlis perkahwinan yang telah berlangsung, namun tindakan Elizabeth memegang tangan lelaki berkenaan sekaligus menguatkan spekulasi pasangan itu kini sudah bergelar suami isteri.


Perkongsian foto oleh bapa dan sahabat di media sosial.

Rata-rata netizen terkejut dan tidak menyangka penyanyi cantik itu kini sudah menjadi milik orang.Malah ramai juga yang meluahkan rasa kecewa dan patah hati apabila penyanyi pujaan mereka sudah bergelar isteri orang.


Foto Elizabeth dan seorang lelaki jadi perbualan hangat netizen.

Sementara itu, usaha mStar untuk mendapatkan komen Elizabeth masih belum berjaya.

Pada Januari lalu, nama Elizabeth Tan menjadi topik bualan dalam kalangan warganet di laman sosial selepas seorang pengguna Twitter, memuat naik dua keping foto Elizabeth dengan busana pengantin.

Bagaimanapun, Elizabeth menjelaskan foto itu hanya untuk tujuan muzik video lagu baharunya berjudul Beku.

Sumber: Mstar

[VIDEO] Elizabeth Tan Dah Kahwin?

Sebut sahaja nama Elizabeth Tan, pasti semua sudah mengenali pelakon dan penyanyi yang sangat sinonim dengan perwatakannya yang manja dan bersahaja ini.Memang tak dapat dinafikan, Elizabeth Tan atau lebih mesra panggilan nama Lizzy mempunyai ramai pengikut di akaun media sosialnya.

Gosip sebelum ini..

Lizzy buat rakaman muzik video (Foto: Instagram Elizabeth Tan)

Sebelum ini, pernah muncul gosip dan spekulasi yang mengatakan penyanyi yang cukup berbakat ini sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Bukan itu sahaja, Lizzy sendiri juga pernah memuatnaik beberapa foto di Instagram memperlihatkan dirinya mengenakan busana pengantin berona putih sambil memegang sejambak bunga seakan sedang menanti untuk bergelar seorang isteri.

Tetapi hasil daripada pencarian kami, Lizzy memaklumkan gimik mahu berkahwin tersebut hanyalah untuk mempromosikan lagu barunya yang berjudul BEKU.

Lizzy dah kahwin?

Terbaru, seorang pengguna Facebook, David Tan Suan Chew yang mengaku sebagai bapa kepada Elizabeth Tan telah memuatnaik satu foto yang memaparkan anak perempuan bongsunya sedang berpegang tangan bersama seorang lelaki dengan berlatar belakangkan hiasan bunga-bunga seperti ‘pelamin’.

Lebih menarik perhatian ramai apabila melihat Lizzy lengkap memakai busana pengantin berwarna putih sambil tersenyum ke arah lelaki yang berdiri dihadapannya. Di Instagram, ada juga individu telah memuatnaik beberapa video dan foto sewaktu majlis perkahwinan itu berlangsung. Walaupun begitu, sehingga kini tiada sebarang respon yang diterima daripada tuan badan sendiri.

So sweet!

Dah kahwin?

VIDEO :

Tahniah!

Sumber: David Tan Suan Chew, Esther Ann

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*