Akhirnya Lokasi Persembunyian S4jjat Dikenalpasti – Ini Kenyataan Terkini Ketua Polis Selangor

Kuala Lumpur: Polis sudah mengenal pasti lokasi persembunyian usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat yang dikenakan waran tangkap kerana tidak hadir sebutan semula kes di mahkamah berhubung isu menghina Islam.

Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, usaha untuk mengesan Nur Sajat sedang giat dilakukan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

“Setakat ini, kami belum menahan usahawan kosmetik itu. Polis akan bekerjasama dengan JAIS dalam hal ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Muhammad Sajjad kerana gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya tanpa sebarang sebab pada 23 Februari lalu.Difahamkan Nur Sajat bersembunyi sebaik waran tangkap dikeluarkan mahkamah.

Sumber: HarianMetro

JAIS percaya Sajat di luar Selangor

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk melaksanakan waran tangkap terhadap usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat yang dipercayai berada di luar negeri ini.

Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, setakat ini JAIS tidak dapat mengesan usahawan kosmetik itu di Selangor.

Bagaimanapun katanya, beliau yakin dengan keupayaan polis mengesan Nur Sajat dan diserahkan kepada penguat kuasa JAIS untuk dibawa ke Mahkamah Syariah.

“Polis mungkin berjaya mengesan Nur Sajat di luar Selangor dan kalau di negeri ini, penguat kuasa JAIS tiada masalah untuk menangkap bagi melaksanakan perintah mahkamah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Sabtu.Mohd Shahzihan berkata, bidang kuasa JAIS untuk melaksanakan waran tangkap daripada mahkamah syariah terhad di negeri Selangor sahaja.

“Apabila Nur Sajat cuba melarikan diri dari negeri (Selangor), kita meminta bantuan polis untuk melaksanakan perintah mahkamah dengan mengesan beliau di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Katanya, tindakan JAIS untuk melaksanakan waran tangkapan itu perlu dilaporkan kepada Mahkamah Syariah.

Sebuah portal berita berita melaporkan, polis Selangor sudah mengetahui tempat persembunyian Nur Sajat.

Nur Sajat dikenakan waran tangkap selepas gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Pada 6 Januari lalu, Nur Sajat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Syarie Mohamad Khalid SHaee@Shaii.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada majlis bacaan Yasin dan solat hajat, pada 7.30 malam, 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16, Shah Alam.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. – SINAR

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*