Sesuatu Terjadi Di Facebook Sharnaaz Ahmad Selepas Bekas Isteri Noor Nabila Selesai Bernikah Dengan Engku Emran

KUALA LUMPUR : Selamat bernikah hari ini, Engku Emran Engku Zainal Abidin,47, sah menjadikan kakak selebriti popular, Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor, 37, sebagai isterinya sekali gus menamatkan d.esas de.sus mengenai hubungan i.ntim mereka sebelum ini.

Difahamkan, Nabila dinikahkan oleh adiknya sendiri, Mohd Aqief Mohd Noor di sebuah masjid di ibu kota dengan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.

Berita tersebut dikongsikan oleh Neelofa dan ibu Nabila, Datin Noor Kartini menerusi Instagram Story (Igs) masing-masing.

Sebelum ini k.ecoh apabila Nabila dan Emran dikatakan bercinta namun kedua-duanya berd.olak- dalik berhubung sp.ekulasi tersebut.

Malah, semalam, Nabila juga enggan memberi komen atau pengesahan ketika ditanya berhubung majlis pernikahan yang berlangsung pada hari ini.

Memetik temubual bersama mStar semalam, Sharnaaz mengulas tentang perkara tersebut namun dia tidak berhak meng.esahkan khabar angin itu.

“Fasal Nabila nak kahwin esok ka, apa ka… Saya rasa wartawan zaman sekarang memang 90 peratus tepat.

“Tapi saya tak boleh komen lebih fasal benda ni sebab saya bukan dalam posisi untuk bercakap atau memberi sebarang komen.

“Tetapi jika betul benda itu (Nabila bakal kahwin) dikeluarkan secara rasmi pada suatu hari nanti, InsyaAllah saya sendiri akan keluarkan kenyataan sebab itu berkait juga dengan (individu yang) bakal jadi bapa tiri Jebat juga,” luahnya kepada mStar.

Bagaimanapun pelakon berusia 36 tahun itu menjelaskan jika perkara tersebut benar, dia akan sentiasa mendoakan kebahagiaan bekas isterinya yang juga kakak kepada selebriti terkenal, Neelofa.

Dalam pada itu, pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad terb.abit menyokong apa jua keputusan yang terbaik untuk bekas isteri dan anaknya.

“Saya hanya doakan kebahagiaan semua orang. Nabila ada hak untuk bahagia, so why n.ot… Semoga dia bahagia.

“Kalau mereka gembira, gembiralah saya. Happy anak saya, happy juga saya,” ujarnya.

Status Terbaru Sharnaaz Di Facebook Story

Kredit : Utusan/Mstar/FBSharnaaz

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*