Gadis Baju Kebaya Ini Kena Saman JPJ Kerana Video Naik RXZ Tular. Ini Luahan Sedih Gadis RXZ Kebaya Tentang Apa Terjadi

“Sekarang ramai rakam video menaiki kenderaan sebagai kandungan di media sosial. Tapi kalau langgar undang-undang, ia jadi bukti kepada kami untuk ambil tindakan,” kata Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Zulkarnain Yasin.

Beliau berkata demikian ketika mengulas saman dikeluarkan terhadap Instafamous dari Dungun yang melanggar peraturan jalan raya ketika merakam aksi menunggang RX-Z di media sosial baru-baru ini.

Video berdurasi 15 saat itu memaparkan wanita berkenaan yang berpakaian baju kebaya merah mempamerkan kecekapannya menunggang RX-Z di Kampung Bukit Merah, Padang Pulut, Dungun.

Zulkarnain berkata, pihaknya sudah memanggil wanita berkenaan dan dia mengakui kesilapannya sebelum menjelaskan denda bagi dua kesalahan iaitu tidak memakai topi keledar dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi sebanyak RM370.

Beliau berkata, JPJ tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan jalan raya.

“Jika kami menerima laporan bergambar atau video berkaitan kesalahan jalan raya seperti tidak memakai topi keledar atau memaparkan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi ditetapkan, kami akan menjalankan siasatan.

“Walaupun video dan bukti itu daripada media sosial peribadi, tindakan akan diambil ke atas pemilik kenderaan.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda RM2,000 bagi setiap satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Menurutnya, pihaknya mempunyai kaedah tersendiri untuk memantau kesalahan dilakukan pengguna jalan raya di media sosial.

“Jika ada gambar atau video dan bukti yang jelas, kami akan mengambil tindakan oleh itu pengguna jalan raya perlu sentiasa peka dan mematuhi undang-undang,” katanya.

GADIS KEBAYA RXZ LUAH PERASAAN

Gadis bernama Laila Eyalani atau lebih dikenali sebagai Mok Epah luahkan rasa kesal dengan apa yang terjadi.

Beliau sendiri tidak sangka akan disaman dan lebih teruk apabila pihak berkuasa minta beliau bawa motor RXZ tersebut untuk pemeriksaan munkin untuk pastikan motor tersebut bukan motor curii.

Sumber : HMETRO ONLINE / Mokepah

Artikel: AwatttSyeikhh Network

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*