Zed Zaidi Mohon Kerajaan Pertimbangkan Golongan ‘Artis’ Di Beri Vaksin Awal.Ini Sebab Nya

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi berharap kerajaan dapat mempertimbangkan bagi memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada golongan selebriti terlebih dahulu.

Menerusi laporan mStar Online, dia kerap menerima aduan daripada golongan seni yang perlu membuat ujian calitan setiap kali memulakan sesuatu projek baru.

Malah Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abd Jamil berkata, golongan seni mempunyai pengaruh besar yang perlu ‘dipergunakan’ bagi menyebarkan kebaikan mengenai vaksin.

“Kalau kita perhatikan banyak negara luar memanfaatkan dan menggunakan pengaruh golongan selebriti untuk membantu dalam memberitahu kebaikan pengambilan vaksin kepada rakyat mereka.
“Seniman bersedia bekerjasama dengan kerajaan bagi menjadi frontliner untuk membantu daripada sudut kempen vaksinasi Covid-19 melalui media sosial para selebriti tersebut. Kalau kerajaan tak gunakan pengaruh yang ada pada artis, rugilah,” katanya.

Pelakon berusia 41 tahun itu turut memberi contoh seperti di negara seberang, Indonesia yang melantik selebriti menjadi individu terawal untuk disuntik sekali gus dapat meyakinkan orang ramai.

Selain itu, dia juga memohon kerajaan melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) ujian calitan yang terpaksa dilakukan banyak kali oleh golongan selebriti agar dapat meringankan beban mereka.

“Seniman banyak dapat aduan daripada artis lebih-lebih daripada pelakon yang mana mereka perlu melakukan banyak kali swab test. Bila dia ada banyak job, kena buat swab test banyak kali.
“Ada yang sampai kata dah fed up nak buat swab test banyak kali, dahlah sekarang susah untuk mereka dapat job,” ujarnya.

Tambah Zed, sekiranya golongan selebriti sudah menerima vaksin, mereka tidak perlu lagi menanggung kesakitan ‘swab test’ selain dapat menjimatkan kos.

Sumber: mStar Online (Juliana Johar)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*