tertinggal di dalam kereta lebih empat jam di hadapan sebuah tadika,Kanak Kanak 3 Tahun M4ut.Ini Punca Sebenar

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun ditemui maut selepas tertinggal di dalam kereta lebih empat jam di hadapan sebuah tadika di Taman Ria, Sungai Petani, Kedah.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kereta jenis Proton Waja milik pengetua tadika terbabit pada 12.15 tengah hari.

Beliau berkata sebelum itu, mangsa yang tinggal berhampiran tadika tersebut telah dijemput pengetua wanita terbabit kira-kira 7.45 pagi dan mangsa ketika itu dalam keadaan sihat duduk di tempat duduk belakang kereta.

“Sebelum itu, pengetua terbabit juga mengambil seorang pelajar lain yang berumur 5 tahun dan diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan dan sampai sahaja di hadapan tadika, seorang guru telah ambil pelajar yang berada di bahagian penumpang hadapan dan terus masuk ke dalam tadika.

“Pengetua itu pula terus parkir kereta di tepi luar tadika dan mematikan enjin kereta. Ketika kejadian, mangsa masih berada di dalam kereta dengan keadaan pintu dan cermin tertutup serta tiada ruang pengudaraan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Adzli berkata mangsa berada dalam kereta itu mulai 8 pagi dan pada 12.15 tengah hari pengetua terbabit dimaklumkan oleh seorang guru bahawa mangsa tidak hadir ke tadika menyebabkan pengetua terbabit terus menuju ke keretanya dan mendapati mangsa dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri.

“Pengetua itu telah menghubungi pihak ambulans dan buat bantuan penafasan (CPR) namun mangsa tidak sedarkan diri. Mangsa dibawa ke hospital dengan ambulans dan hasil pemeriksaan doktor di bahagian kecemasan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia semasa sampai di hospital,” katanya.

Beliau berkata mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat hari ini dan pengetua terbabit direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001. – BERNAMA

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*