Risik bakal ‘madu’ & pakaikan sampin di hari nikah, isteri izin suami kahwin lagi

Bagi segelintir wanita, sebut sahaja perkataan bermadu ataupun poligami sudah tentu akan tercetusnya perang dunia leih-lebih lagi jika ia keluar dari mulut suami sendiri.

Bagaimanapun, setiap pandangan dan penerimaan seseorang itu berbeza kerana sebenarnya masih ada wanita yang mampu menyesuaikan diri dengan kehidupan berkenaan.

Baru-baru ini, kecekalan seorang isteri ini menjadi perhatian di TikTok apabila dia mengizinkan suaminya untuk berkahwin buat kali kedua.

Berpakaian sedondon bersama si suami dan madunya, dia dilihat membantu lelaki tersebut memakai sampin bagi majlis akad nikah yang diadakan di pejabat agama.

Pakaikan sampin sebelum akad nikah

Video pakai sampin.

Tidak cukup dengan itu, wanita itu jugalah yang merisik bakal madunya sendiri seminggu sebelum majlis nikah tersebut.

Menurut komen yang ditinggalkan oleh adiknya, wanita berkenaan menerima ketentuan jodoh itu dengan ikhlas serta reda dan meminta agar semua orang mendoakan yang terbaik buat mereka.

Risik sendiri bakal madu

Muka madu macam adik-beradik

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira melihat kebahagiaan keluarga itu. Ada juga yang menegur wajah kedua-dua madu itu seiras seperti adik-beradik.

Semoga mereka bahagia dan jadi isteri yang baik

Kuatnya sis, hati dan jiwa kena kental

Jodoh, ajal dan pertemuan rahsia Allah

Dalam pada itu, mereka juga tidak berhenti memuji ketabahan isteri pertama yang sentiasa tersenyum bila melihat suaminya berkahwin dengan wanita lain.

Sumber: TikTok @nurshalini21

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*