“Seakan Berpegang Tangan,Encik Suami Tak Marah Ke?” – Foto Mesra Fiza Halim & Saiful Apek Menarik Perhatian Ramai,.

Siapa tidak kenal dengan pelawak terkenal Saiful Apek nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi.Lama tidak mendengar kisah beliau bukan.

Pada hari ini di laman instagram Fiza Halim terdapat beberapa foto beliau bersama dengan Saiful Apek.Foto tersebut telah mendapat perhatian warganet gara-gara mereka duduk dalam keadaan terlalu rapat.

My forever couple seat… sifu @saifulapek Jangan hampakan hasrat manager kita  #phdmuzik #astro #comingsoon

Pelbagai spekulasi telah menjadi persoalan buat mereka berdua ini dan pelbagai komen telah ditinggalkan di ruangan komen IG Fiza Halim.

KOMEN NETIZEN:

Sumber:Instagram Fiza Halim

Sumber : http://www.dnq.pw/2021/03/14/duduk-rapat-rapatpegang-tangan-suami-tak-m4rah-kef0to-fiza-halim-dan-saiful-apek-undang-perhatian-ramai/

sebelum ni pada tahun lepas 

Status Diri Jadi Persoalan, Gambar Kahwin Dengan Pelakon Wanita Viral! Saiful Apek; “Saya Bukan Duda Tapi Nanti Saya Akan Umumkan Sesuatu”

Status Diri Jadi Persoalan, Gambar Kahwin Dengan Pelakon Wanita Viral! Saiful Apek; "Saya Bukan Duda Tapi Nanti Saya Akan Umumkan Sesuatu"

Pelakon dan pelawak Saiful Apek masih nekad untuk mengunci mulut perihal khabar angin yang mendakwanya sudah berkahwin dengan seorang pelakon wanita sekitar September lalu.
Kata Apek atau nama sebenarnya, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 51, pendiriannya itu demi menghormati dan menjaga hati pihak lain.

“Rasanya tak perlukan kesahihan apa-apa, saya sudah maklumkan akan beritahu kelak untuk kepastian. Buat masa sekarang saya tak boleh berikan sebarang kepastian lagi dan apa yang kami post di Instagram itulah yang boleh kami katakan.

“Saya tak boleh cakap lebih-lebih… Bukannya berahsia tetapi apa yang saya beritahu itu bukannya samar-samar pun tetapi saya nak menjaga hati pihak-pihak tertentu.

“Atas sebab itu juga saya menghormati dan saya minta doakan yang baik-baik. Insya-Allah dalam tahun ini juga saya akan beritahu (perkara sebenar),” katanya kepada Gempak.

Spekulasi mulai tercetus sejak September lalu apabila Saiful dan pelakon wanita terbabit berkongsi foto memakai baju sedondon di Instagram masing-masing.

Peminat yang teruja dengan kemaskini terbabit menulis ucapan tahniah dan menunggu penjelasan selanjutnya daripada mereka.

Namun, ada juga yang beranggapan foto terbabit sebahagian daripada gimik daripada naskhah terbaharu lakonan mereka berdua.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai situasi rumah tangga Apek bersama isterinya, Roslina Abu Hassan, jelas anggota kumpulan Senario itu mereka masih bersama.

“Sebelum ini beberapa tahun lepas pernah tercetus katanya saya sudah berpisah dan tinggal berasingan, tapi itu semua fitnah dan tak benar! Status saya bukan duda, saya masih berkahwin.

“Jadi, mana-mana yang orang dengar tentang perpisahan itu sama sekali tidak benar.

“Nasihat saya bertanggungjawablah atas kata-kata masing-masing. Amalan paling mudah ialah memuliakan sesama manusia tak kira bangsa dan agama.

“Yang penting kita husnuzon dan istiqamah mendoakan yang baik-baik. Jadi berhati-hatilah dengan kata-kata,” tambah Apek.

Apek dan Roslina berkahwin pada Jun 1994 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Mohd Riyadh Aslam, 24, dan Mohd Radzin Aiman, 22.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*