Adik Kahwin Dengan Bekas Kekasih Kakak, Inilah Jodoh Namanya

Setiap pasangan yang bercinta pasti impikan hubungan kekal hingga ke jenjang pelamin. Namun, jodoh, ajal dan maut adalah rahsia Tuhan. Boleh jadi sudah tertulis takdir kekasih anda itu adalah jodoh rakan atau adik beradik sendiri.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, Shieyma Emma yang berkongsikan detik indah apabila sah bergelar seorang isteri.

Namun apa yang menjadi perhatian adalah suaminya merupakan bekas kekasih kakaknya. Namun Emma berkata itu adalah kisah lama mereka dan kakaknya sudah ada pilihan hatinya sendiri.

Meskipun berkahwin dengan bekas kekasih kakaknya, namun Emma menghargai pengorbanan kakaknya yang membantu dalam persiapan perkahwinannya dan tidak sekali melupakan jasanya.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut mendengar kisah tersebut. Malah, ada yang mengatakan jika terjadi pada mereka pun tidak akan sesekali bersama ataupun berkahwin dengan bekas kekasih adik-beradik.

Dalam masa sama, ramai yang berkongsikan turut berdepan pengalaman sama serta mendoakan rumah tangga yang dibina berkekalan.

SUMBER: TikTok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*