Setahun pemergian Ashraf, ini keadaan Bunga Citra Lestari sekarang

SELEPAS setahun pemergian suami tercinta iaitu Ashraf Sinclair, penyanyi Bunga Citra Lestari mengakui masih belajar menerima kenyataan tiada lagi insan tersayang disisi.

Bunga atau lebih mesra disapa BCL berkata dia kini berusaha menjadi orang yang lebih kuat selepas ketiadaan arwah sejak Februari tahun lalu.

“Dia sudah tiada untuk jaga saya, jadi kini saya kena jaga diri sendiri. Itu menyebabkan saya perlu kuat dan harus menjadi kuat.

“Saya tak boleh kata saya sudah kuat, cuma sekurang-kurangnya kita cuba…. kalau jatuh, kita terus bangun! Tak mengapa, nangislah macam orang gila sekalipun, selepas itu kita berdiri semula,” katanya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Cinta Sejati ini juga sempat berkongsi perancangannya mengenai karier muzik.

“Perancangan sebelum ini dengan Ashraf dia bantu saya untuk buat label sendiri, tapi dia pergi dahulu…. jadi kita teruskan sahaja perancangan itu.

“Saya akan teruskan karier nyanyian, kalau boleh mahu terus berkembang, ada konsert lagi, buat album penuh, muzik, filem atau apa sahaja karya hebat lain,” ujarnya.

Pada 18 Februari tahun lalu, Ashraf, 41, menghembuskan nfas ter4khir di sebuah pusat perubatan di Jakarta, Indonesia kira-kira pukul 4 pagi kerana ser4ngan jntung.

Ashraf meningg4lkan isteri dan seorang anak lelaki bernama Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 10 tahun.

Biodata & Profil Bunga Citra Lestari

  • Nama Lengkap: Bunga Citra Lestari
  • Nama Panggung: Bunga Citra Lestari, BCL
  • Nama Panggilan: Unge
  • Tempat Tanggal Lahir: Jakarta, 22 Maret 1983
  • Kewarganegaraan: Indonesia
  • Agama: Islam
  • Nama Orangtua: Muchlis Rusli (ayah) dan Emmy Syarif (ibu)
  • Anak: Noah Sinclair
  • Profesi: Aktris, Penyanyi, Model
  • Tahun Aktif: 1997 – sekarang

Fakta-Fakta Unik Bunga Citra Lestari

  • BCL adalah keturunan asli Minangkabau dan merupakan sepupu dari Ivan Permana dan Intan Ayu Purnama.
  • BCL menikah pada tanggal 8 November 2008 dengan aktor asal Malaysia bernama Ashraf Sinclair.
  • BCL mendapatkan emas kahwin berupa sepasang anting berlian.
  • BCL melahirkan anak pertamanya pada tanggal 22 September 2010 yang diberi nama Noah Sinclair.
  • BCL memilih secangkir teh hangat untuk membangkitkan mood-nya di pagi hari.
  • BCL memiliki hobi memasak.
  • BCL hanya akan mengenakan sepatu heels pada saat tampil saja dan lebih memilih mengenakan sneakers atau double platform sneakers di kesehariannya.

Sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*