[VIDEO] Menantu Tak Sihat, Ramai Tersentuh Tengok Layanan ‘Kayangan’ Mak Mentua

Kata orang, apabila berkahwin bukan bermakna kita hanya menerima ‘si dia’ semata-mata tetapi juga seluruh ahli keluarganya. Namun, nak memikat hati mentua tidaklah semudah yang disangka kerana mereka juga mempunyai ragam tersendiri.

Syukur, suami & keluarga mentua beri layanan baik & selalu dimanjakan

Akan tetapi ada juga yang bertuah kerana mendapat mentua yang memahami, sekali gus menjadi tempat meluah segala rasa seperti seorang wanita ini. Menerusi video di TikTok, Alesha mengucapkan rasa kesyukuran kerana telah diterima baik dan dikurniakan suami serta keluarga mentua yang baik hati.

[VIDEO] Menantu Tak Sihat, Ramai Tersentuh Tengok Layanan 'Kayangan' Mak Mentua 2

Langsung tak kekok…mentua ambil berat, siap bagi ubat kat menantu

Malah ketika dirinya tidak sihat, ibu mentualah yang menjaga dan ambil berat tentang kesihatannya. Mengenakan telekung berwarna putih, warga emas berkenaan dilihat menghulurkan ubat serta air minuman buat menantu kesayangannya itu. Malah Alesha turut mengakui pernah merasa bimbang jika mendapat mentua yang ‘teruk’ seperti dipaparkan di kaca televisyen.

MasyaAllah beruntungnya… semoga dikurniakan mentua baik macam ibu ini

Sejak dikongsikan semalam, rakaman berdurasi seminit tersebut meraih lebih 200 ribu tontonan. Melihat ke ruangan komen, kebanyakan netizen memuji sikap serta layanan baik mentua berkenaan kepada Alesha. Di samping tumpang gembira melihat keakraban kedua-duanya, mereka turut berharap dikurniakan keluarga mentua yang baik suatu masa nanti.

[VIDEO] Menantu Tak Sihat, Ramai Tersentuh Tengok Layanan 'Kayangan' Mak Mentua 3

[VIDEO] Menantu Tak Sihat, Ramai Tersentuh Tengok Layanan 'Kayangan' Mak Mentua 4

[VIDEO] Menantu Tak Sihat, Ramai Tersentuh Tengok Layanan 'Kayangan' Mak Mentua 5

Sumber : TikTok bisnishomealesha

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*