Tgh Bagi Tazkirah, Sekali Ada Jemaah Tye Dr Maza Isu Sajat. Ini Reaksi Berbeza Dia Buat Ramai Tergamam

Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat menyatakan hasrat untuk keluar daripada agama Islam melalui sebuah video yang tular di media sosial.Video yang berdurasi 1 minit 45 saat itu memaparkan luahannya yang seakan-akan mahu menukar agama selepas mendakwa kecewa dengan tindakan orang di sekeliling termasuk dengan apa yang berlaku kepadanya.

Menurut Muhammad Sajjad, tindakan orang ramai termasuk Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bukan memberi iktibar, sebaliknya membuatkannya lebih takut dan berasa lebih baik untuk keluar daripada agama Islam.

Tangkap layar rakaman video tular di media sosial berhubung pengakuan Muhammad Sajjad untuk keluar daripada agama Islam.

“Lepas JAIS keluarkan ‘statement’ (kenyataan), saya sudah malas nak fikir.

“Saya cakap ini bukan saya nak mengugut ke tak. Secara sumpah demi nama saya, nama ayah saya, nama mak saya, saya dah tak nak menjadi orang Islam.

“Saya keluar daripada agama Islam, itu lebih afdal. Saya tak main-main, saya cakap betul. Mereka yang buat saya nak keluar daripada Islam. Mereka buat saya lebih jauh daripada Islam,” katanya.

APA KOMEN DR MAZA

Ketika Dr Maza sedang memberi tazkirah, seorang individu ini bertanyakan satu soalan berkenaan seorang individu yang ingin keluar Islam.Dr Maza semestinya mengikuti perkembangan semasa terutama dalam Islam sudah tahu bahawa individu yang dimaksudkan adalah Sajad.

Di dalam penerangan beliau menyatakan bahawa selagi dia (Sajat) masih hidup dia masih ada peluang untuk bertaubat.

Ada satu kenyataan Dr Maza yang patut semua faham, jangan sesekali kita ambil kerja Allah SWT dengan menghukum seseorang itu jadi ahli neraka atau dia (Sajat) akan terus masuk neraka.

Kita tidak tahu pengakhiran seseorang itu.

Ikuti video di paling bawah artikel ini!!

Sedia bincang agar Sajat kekal Islam – MAPIM

DEMI masa depan dan maruah Islam, kami bersedia bersua dengan saudara Sajat, yang mengikut video yang tular, menyatakan mahu keluar daripada Islam.

Kami amat insaf akan kekhilafan yang berlaku dan mengambil perhatian mengenai apa yang dinyatakan itu.

Kami yakin semua pihak dalam masyarakat Islam memandang berat dengan insiden ini dan umumnya merasa sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku.

Kami bersimpati kepada semua pihak yang mahu menyelesaikan isu ini dan berharap dapat mengawal keadaan agar isu ini dikendalikan dengan sebaik mungkin dan dengan hikmah.

Jalan keluar dengan menghormati tanggungjawab pihak berkuasa dan mengguna pendekatan kasih sayang dan mendidik secara penuh hikmah perlu dilakukan.

Sesungguhnya, apa yang mahu dicapai ialah Sajat, dengan penuh keinsafan, kekal dalam Islam.

Kami sangat yakin Sajat melafaz pernyataan tersebut dalam keadaan tertekan dan emosi yang tidak terkawal dan tidak dari lubuk hati yang sebenar.

Dalam hal ini, kami juga sangat berharap agar masyarakat Islam tidak menambah rumit keadaan.

Inilah saatnya seluruh masyarakat menterjemah rasa kasih sayang antara satu sama lain dan menyelamatkan saudara seagama agar kembali saling bantu- membantu demi kebaikan dan ketakwaan.Kami memanjangkan tangan silaturrahim kepada Sajat bahawa beliau insan yang perlu bersama diselamatkan dalam menjalani ujian kehidupan yang sangat mencabar di zaman ini.

Kefahaman Sajat mengenai tanggungjawab pihak berkuasa sangat perlu dijelaskan dan kami berharap ada komunikasi yang lancar berlaku untuk mengelakkan salah faham antara dua pihak.Sebagai badan Islam kami berasa sangat bertanggungjawab untuk turut berperanan menangani isu seperti ini dengan hikmah dan mencari titik penyelesaian yang baik.

Demi Islam dan demi maruah dan kesucian Islam kami dengan penuh harapan dan berdoa agar Sajat menjadi insan yang menyumbang kepada agama, bangsa dan negara dan tidak bertindak keluar Islam. – Astro Awani

Artikel : AwattSyeikhhh Network

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*