Baru 2 Minggu Nikah, Dah Kena Cerai, Wanita Hamil Sedih Suami Kahwin Lain

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan hubungan mereka kekal hingga ke syurga. Meskipun begitu, tidak semua orang bernasib baik dalam mengejar kebahagiaan berumahtangga.

Begitulah nasib yang dilalui oleh seorang wanita ini apabila dia telah diceraikan walaupun baru dua minggu bergelar isteri.

Baru 2 minggu nikah

Kisah sedih ini dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali dengan nama Rembulan. Dalam video pendek yang dimuat naik, wanita ini meluahkan rasa sedih selepas si suami melafazkan talak terhadap dirinya. Malah apa yang lebih mengejutkan apabila mengetahui si suami kemudian berkahwin pula dengan wanita lain selepas dua minggu mereka bercerai.

Berdasarkan video tersebut kelihatan wanita ini sudah cuba menahan air mata tetapi gagal lebih-lebih lagi apabila mengetahui dirinya kini berbadan dua dan perlu membesarkan anaknya seorang diri. Jelas wanita ini, dia tidak tahu sama ada mahu gembira atau bersedih dengan berita kehamilan tersebut tetapi dia akan cuba sedaya upaya untuk kuat dan tabah menerima dugaan ini. Malah, dia juga berjanji akan menjalani kehidupan seperti biasa bersama anak yang bakal dilahirkanya nanti.

Sedihnya, semoga tabah

‘Allah selalu bersamamu’

Sumber: Rembulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*