“Saya suka berpakaian tunjuk bentuk badan & singkat..” – Raja Ilya nafi ikut gaya barat

Nama pelakon seksi, Raja Ilya tidak lepas cengkaman kontroversi, biarpun kini menetap di Perth, Australia, selepas penularan pandemik COVID-19, sejak setahun lalu.

Memetik penulisan BH Online, belakangan ini netizen mempertikaikan imej pemilik nama Raja Ramilah Begum Raja Mohammad itu yang dikatakan semakin seksi.

Bahkan, ada yang melemparkan tanggapan pelakon drama ‘Leon Zalika’ itu selesa berpakaian mencolok mata selepas terikut-ikut dengan gaya barat memandangkan  suaminya berbangsa asing.

Dalam pada itu, pelakon berusia 36 tahun itu membidas tanggapan netizen dan menafikan dirinya terikut-ikut budaya barat. Walhal, dia memang sudah lama suka berpakaian menunjukkan bentuk badan dan singkat sejak menceburi bidang lakonan.

“Kalau terdesak namanya melacur diri dan lebih baik berbogel. Bagi saya, seksi sangat subjektif. Saya suka berpakaian menunjukkan bentuk badan dan singkat sejak awal menceburi bidang lakonan.
“Istilah seksi pemahaman sangat luas. Ada berpakaian sopan, tetapi tetap nampak seksi daripada pandangan mata seseorang. Seksi tidak terbatas kepada konsep mendedahkan kulit atau berpakaian sendat sahaja,” katanya ketika ditemubual pihak BH Online.

“Budaya barat ini sudah sebati dalam hidup saya sejak kecil. Apabila berkahwin dan tinggal di luar negara, barulah saya sedar betapa ceteknya pemikiran dan naifnya saya.
“Saya mudah percaya apabila ada yang mengatakan orang barat jahil dan macam-macam lagi. Saya percaya orang lain pun beranggapan sama, kita suka sangat menghukum,” tambahnya lagi.

Menurutnya, orang barat juga memiliki kepercayaan dan agama. Malah, kebanyakannya beragama Kristian dan lain-lain sama seperti negara kita mempunyai pelbagai agama dan bangsa.

Mereka juga ada yang kuat agama dan menjunjung budaya sendiri. Jadi, jangan cepat menghukum.

“Tetapi, kita tidak boleh menghukum sesebuah negara disebabkan segelintir tidak beragama. Rumusannya, kita kena fikir positif, banyak membaca dan menambah ilmu. Jangan cepat menghukum,” jelasnya.

Raja Ilya berkahwin dengan seorang ahli perniagaan warga Australia, Trent Garrett pada 23 Disember 2018 lalu.

Sumber: BH Online (Zaidi Mohamad)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*