Wajah anak dikritik tidak comel, tak sangka ini tindakan peminat Mawar Rashid

Baru-baru ini, pelakon jelita Mawar Rashid berkongsi beberapa keping gambar anak perempuannya, Raden Seri Rosabella Cinta yang kini berusia dua bulan untuk tatapan para peminat di laman sosial Instagram.

Anak ‘mommy’ atau anak ‘daddy’?

Menerusi gambar-gambar tersebut, Mawar dilihat tersenyum gembira saat memegang dan mendukung anaknya yang memakai baju berwarna merah jambu bersama reben comel di kepala.

Aww. Comel sangat!

Tidak dinafikan lagi, ramai peminat yang teruja melihat perkongsian pelakon berusia 26 tahun itu dan memuji kecomelan bayinya. Malah, ada yang menyatakan pendapat anaknya itu mirip bapanya, Raf Yakob.

Komen tidak berasas

Namun dalam ramai yang memuji, ada seorang netizen yang kurang sopan meninggalkan komen tidak berasas mengkritik wajah kedua-dua anaknya, Raden Rosabella serta anak lelaki Mawar iaitu Raden Muhammad Rafael yang disifatkan tidak secantik dan setampan ibu bapa mereka.

“Kenapa anak dia dua-dua tak comel padahal ‘mommy daddy’ cantik dan ‘handsome’,” tulis netizen itu di ruangan komen.

Budak pun nak ‘b0dy sh4ming’ ke?

Berikutan komen negatif daripada netizen berkenaan, ramai peminat dan pengikut Mawar tampil mempertahankan anak-anak Mawar Rashid. Mana tidaknya, masing-masing masih kecil lagi. Tiada hati perut sungguh kritik ciptaan Allah!

Baby semua comel

Bawa mengucap sebelum menghi.na. Kecil hati Mawar kalau baca komen

Kalau tiada benda baik nak diluah, lebih baik diam

Mawar berkahwin dengan suami, Raden Ahmad Faizal Yaakob yang juga merupakan adik kepada penyanyi dan cef selebriti terkenal, Fazley Yaakob pada 9 November 2017.

Hasil perkahwinan, Mawar dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta manakala dua lagi adalah anak tiri.nya.

Jarang ‘upload’ foto bersama anak tiri, Mawar Rashid minta netizen tak menggelabah – “Saya sayang mereka… Allah sahaja yang tahu”

PERKONGSIAN foto pelakon Mawar Rashid bersama suami dan anak-anaknya di laman Instagram pada Sabtu mengundang pertanyaan segelintir netizen.

Mawar menerusi laman InstaStory memuat naik paparan skrin komen netizen yang mempersoalkan kenapa aktres tersebut jarang berkongsi foto bersama dua orang anak hasil perkahwinan pertama suaminya, Raf Yaakob.

Terima beberapa komen yang sama, Mawar menjelaskan dia tidak pernah mengetepikan anak tirinya iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela yang kini menetap bersama ibu mereka.

“Saya terima beberapa komen kata kenapa tak post Rayyan dan Raysaa. Ni jawapan dia, pertama mereka duduk dengan mak mereka. Jadi, mereka tak ada kat rumah saya.

Mawar beri penjelasan menerusi Instastory pada Sabtu.

“Kalau setiap waktu mereka kat rumah kami, sudah tentu kami akan masukkan mereka. Ingat saya dan Raf ni, mak bapa yang kejam ke tak nak masukkan anak yang lain.

“Kedua, saya pun tak nak post banyak-banyak atau lebih-lebih. Saya tak perlu jelaskan perkara itu,” kata Mawar.

Pertanyaan tersebut timbul selepas Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid memuat naik gambar bersama seluruh ahli keluarganya di Instagram.

Selain komen pertanyaan itu, pelakon berusia 25 tahun ini turut berkongsi paparan skrin mesej positif daripada netizen yang memintanya mengabaikan sahaja perkara tersebut.

Cukup-cukup buat d0sa. Jangan nak cepat hukum seorang ibu tiri.

Dalam pada itu, pelakon filem Ibu, Kasih Suci ini menegaskan dia tidak perlu memberi penjelasan atau membuktikan kasih sayangnya terhadap keluarga kepada orang luar.

Bagi Mawar, hanya Allah yang mengetahui isi hatinya dan turut menganggap wanita yang bergelar ibu tiri akan mendapat pahala yang banyak dengan menjaga dan mendidik anak-anak dengan baik.

“Apa-apa pun, saya tak perlu beritahu anda semua apa-apa tentang sayang saya terhadap keluarga saya, janji saya bahagia dengan kehidupan saya dengan suami dan anak-anak.

“Saya sayang mereka. Allah saja yang tahu. Jadi, tolong jangan nak menggelabah sangat. Bukannya tak post langsung gambar berenam. Cuba scroll bawah kat IG saya, jangan fitnah la!

“Cukup-cukup buat dosa. Jangan nak cepat hukum seorang ibu tiri. Besar pahala mak tiri ini… tolong besarkan, mendidik anak-anak sedangkan orang di luar sana mencaci.

“Besar pahala mak-mak tiri ini. Jangan risau mommies, saya bersama anda. Saya okey, gembira sebab Allah kan ada. Saya tak perlu bukti kepada sesiapa pun,” ujarnya.

Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raf pada 9 November 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael, 2 dan Raden Seri Rossabella Cinta yang hampir berusia dua bulan.

Raf juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan, 9 dan Raden Seri Raysaa Chanela yang berusia lima tahun.

Sumber: Instagram Mawar Rashid

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*