Alhamdulillah Syanie Hisham Kembali Bergelar Isteri

PELAKON komedi, Syanie Hisham, kembali bergelar isteri apabila selamat disatukan dengan lelaki pilihannya, Zahril Hafiz, pada 9 pagi hari ini.

Syanie atau nama penuhnya Syaniza Hisham, 47, berkongsi foto bersama suami di Instagram Story miliknya sebentar tadi.

“Alhamdulillah dah selamat diijabkabulkan. Terima kasih semua atas doa kalian,” ujarnya pada kapsyen gambar bersama suami.

Bagaimanapun pelakon Cinta Luar Biasa itu tidak berkongsi butiran lanjut berkenaan majlis pernikahan kali ketiganya itu.

Sebelum ini Syanie turut mengambil pendekatan untuk tidak menghebahkan tentang hubungan cintanya dengan suami, termasuk majlis pertunangan mereka yang berlangsung pada tahun lalu.

Terdahulu Syanie pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Attirmidi Abdul pada 1996 sebelum berpisah pada 2002. Manakala perkahwinan keduanya pula dengan Nadi Putera Mohammad Zainol pada 2014 pula bertahan selama dua tahun.

Sumber: SinarPlus

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syanie Hisham (@syanie_hisham)

berita terdahulu ,beliau bangkit semula nampaknya,syabs syanie

Rasanya Dua Kali Berkahwin Sudah Cukup…,” – Syanie Serik Fikir Fasal Jodoh
By MH -March 13, 2019

Pelakon Syanie atau nama sebenarnya Syaniza Hisham, 45, mengakui dia kini reda dan tidak mahu memikirkan soal kahwin lagi setelah dua kali gagal dalam perkahwinan terdahulu.

Ini kerana baginya, penceraian terdahulu banyak mematangkan diri sekali gus membuatkan dirinya menjadi insan yang lebih menghargai apa yang ada di sekeliling.

Memetik Utusan Online, menerusi dua perkahwinan terdahulu, ia secara tidak langsung mengajar erti cinta sebenar.

“Pengalaman berkahwin dan bercerai banyak mematangkan saya untuk menjadi insan yang lebih baik dan menghargai apa yang ada di sekeliling saya. Apa yang paling terkesan, pengalaman ini mengajar saya apa itu erti cinta yang sebenar.

“Tipulah kalau saya cakap tidak kecewa dengan perceraian yang berlaku. Siapa yang mahu rumah tangga mereka hancur?

“Saya reda dengan kegagalan ini. Rasanya dua kali berkahwin sudah cukup dan saya tak mahu memikirkan hal nikah kahwin dan jodoh lagi. Sudah cukuplah apa yang saya lalui sebelum ini,” katanya.

Cuma meski dia percaya pada cinta, namun bintang ini menyatakan dia bukanlah tergolong di dalam kelompok yang bertuah dalam percintaan.

“Sejujurnya saya percaya pada cinta. Cinta itu memang indah, tetapi saya perlu terima hakikat yang cinta itu bukan milik saya.

“Mungkin orang lain bahagia dengan cinta seorang lelaki tetapi saya bukan tergolong dalam wanita yang bahagia itu.

“Biarlah saya tidak bercinta dengan lelaki lagi asalkan saya masih ada ibu yang perlu dijaga.

“Ibu segala-galanya sekarang,” kata Syanie yang juga anak kepada produser Ruhanie Abdul Rahman ini.

Syanie Akui Sah Cerai, Dakwa Dirinya Tak Dihargai
May 3, 2016

PELAKON Syanie atau nama sebenarnya Syaniza Hisham menagkui bahawa dia telah pun bercerai dengan bekas suaminya, Nadi Putera pada 23 Februari lalu.
“Tahap kesabaran saya ada batasnya. Punca perceraian biarlah hanya kami yang tahu. Saya hanya boleh katakan bahawa perceraian ini berlaku kerana dia tidak pernah menghargai saya sebagai isteri.

“Tak perlu diungkit apa yang berlaku dan apa yang telah dilakukan oleh bekas suami kepada saya sepanjang perkahwinan kami.

“Bila sampai masanya, saya tidak dapat menahan sabar lagi maka ini sahaja keputusan yang terbaik buat kami berdua,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Syanie, pada awalnya, dia mengambil keputusan untuk tidak bercerita tentang perceraian mereka kerana menghormati permintaan bekas ibu mertuanya yang tidak mahu perkara tersebut dihebohkan.

“Saya mengambil keputusan berdiam diri kerana permintaan bekas ibu mertua tetapi  lain pula ceritanya apabila bekas suami bertindak membuka akaun Facebook baru dengan status

“Perkara itu menyebabkan ramai pihak mula mencanang kisah rumahtangga kami,” kata Syanie yang turut mengakui tidak serik untuk berkahwin lagi jika bertemu jodoh.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*