ada komen yg akan buat adibah pula term4lu?

Selepas pembaca berita TV3, kali ini Adibah Noor betulkan ‘pronunciation’ DS Rina Harun pula – “Mari kita belajar menyebut perkataan doubt”

Adibah Noor mengajar pengikut mengenai sebutan bahasa Inggeris yang betul.
MENYEDARI kesilapan bahasa Inggeris Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina Harun, pelakon Adibah Noor mengambil inisiatif memperbetulkan semula cara sebutan bagi perkataan itu.

Menerusi Twitter, Adibah memuat naik video cara sebutan atau pronunciation yang betul bertujuan untuk berkongsi ilmu dengan pengikutnya di laman tersebut

“Saya akui, penulis skrip (ucapan Rina) sangat bagus dan saya harap saya dapat membacanya sendiri.

“Apa-apa pun, mari kita belajar menyebut perkataan ini, doubt (keraguan). Saya dah pernah buat video tentang ini tapi mungkin anda dah lupa.

“Jadi cara nak sebutnya (doubt) hilangkan bunyi ‘b’ bukan, dup, daob, dib tapi d-out,” tulisnya beserta tanda pagar atau hashtag ‘betulkan yang biasa’ dan ‘biasakan yang betul’.

Perkongsian Adibah di Twitter menarik perhatian netizen.

Perkongsian penyanyi lagu Terlalu Istimewa, itu menerima hampir 9,000 retweet dan lebih 12,000 tanda suka.

Sebelum ini, Adibah Noor pernah memperbetulkan beberapa kesalahan sebutan selebriti antaranya pembaca berita TV3, Ramzan Mohd Saufi dan penyanyi Haqiem Rusli.

Penyampaian dan sebutan bahasa Inggeris Rina Harun menjadi topik perbualan netizen di media sosial.

Pada Khamis lalu, Rina menjadi perbualan hangat netizen di media sosial kerana dilihat kekok memberi ucapan dalam bahasa Inggeris menerusi satu persidangan Suruhanjaya Pembangunan Sosial (CSocD59), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi sesi ke-59.

Untuk rekod Rina mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Datok Keramat 1, Kuala Lumpur sebelum melanjutkan persekolahan di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru.

Rina memiliki Diploma dalam Pengajian Perbankan Universiti Teknologi Mara serta Ijazah Perbankan dan Kewangan dari Universiti Northwood, Michigan, Amerika Syarikat.

Bukan itu sahaja, nama Rina Harun turut trending di Twitter kerana penampilan baharu yang dilihat semakin kurus dan bergaya.

Penampilan Ahli Parlimen Titiwangsa ini dilihat seakan-akan model selepas memperagakan busana baju kurung klasik pereka fesyen terkenal Man Kajang.Mstar

komen netizen


Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*