Dah taubat dh tak mau rujuk lagi ? istri PU Abu

Meskipun lebih selesa untuk tidak berkongsi mengenai hal peribadi dengan khalayak umum sebelum ini, namun PU Abu baru-baru ini mendedahkan bahawa dia sedang menjalani proses penceraian dengan isteri keduanya Hana Azraa.Sejurus selepas berita itu diketahui umum, para netizen turut menanyakan mengenai hal tersebut kepada Hana selain meninggalkan kata-kata sokongan buatnya.

Meskipun ramai yang berharap agar hubungan kedua mereka berjaya namun Hana tampil positif dan yakin bahawa ada hikmah buat dia dan anak-anaknya dalam menghadapi dugaan ini.

Hana turut berkongsi bahawa penceraian kali ini merupakan kali kedua buat dia dan PU Abu, malah ianya diputuskan selepas 7 bulan mereka rujuk semula.

Apabila ditanya sama ada dia akan mempertimbangkan kembali keputusan ini, usahawan kosmetik ini nampaknya nekad dan tidak akan berpatah balik dengan keputusannya.

“Confirm, tak dak u-turn.”

Dalam entri lain, Hana turut mengatakan bahawa dia ingin berhenti memikirkan hal jodoh buat sementara waktu dan memberi fokus untuk mengembangkan lagi perniagaan kosmetiknya selain menumpukan perhatian kepada anak-anaknya.

Mungkin ini adalah jalan yang terbaik buat Pu Abu dan Hana . Semoga yang baik-baik sahaja buat mereka.

PU Abu, Hana Azraa apa cerita?

MESKIPUN sudah berganti tahun baharu, kemelut rumah tangga dihadapi Pencetus Ummah Abu Sufyan atau PU Abu masih belum berakhir.

Jika tahun lalu, dia berhadapan masalah dengan bekas isteri, Ain ‘Afini Latif, kini bersama isterinya, Hana Azraa pula.

Hana ketika dihubungi Harian Metro berkata dia dan PU Abu memang sudah sepakat untuk bawa haluan sendiri.

“Berkaitan hubungan di hujung tanduk, apa yang boleh saya cakap ialah kami bagi kedua belah pihak sudah sepakat nak bawa haluan masing-masing.

“Dah tak boleh nak diteruskan lagi kot dan lebih baik bawa haluan sendiri. Jodoh kami tak lama, sebab dah tak ada persefahaman,” katanya.

Hana atau nama sebenar Nurhannah Azra Mohd Zakir, baru melahirkan anak lelaki diberi nama Muhammad Uwais Al-Mateen pada 1 Februari lalu.

Bayi dilahirkan dengan berat 3.12 kilogram itu adalah anak pertama hasil perkongsian hidup Abu dan Hana.

Mengulas sikapnya yang tenang berhadapan kemelut rumah tangga, Hana berkata dia sudah lali.

Isu dihadapi kami ini, sejujurnya bukan baru lagi. Saya dah hadap lama hingga jadi jemu dan muak.

Untuk saya terus bertahan lama-lama pun rasanya tak perlu lagi. Tak boleh menjana apa-apa pun untuk saya dan anak-anak. Lebih baik, kita bangun je la,” katanya tegas.

Mengakui mereka akan menguruskan proses perpisahan mengikut prosedur mahkamah, Hana berkata masih menunggu tarikh ditetapkan.

Menyentuh juga kecaman warganet yang rata-rata mengecam Hana dengan dakwaan kifarah buatnya, ibu dua anak ini berkata dia sudah tidak peduli apa orang nak cakap.

“Memang tak dinafikan, sebelum ini ramai orang cakap macam itu (kifarah sebagai balasan ambil hak orang lain).

“Tapi, biarlah sebab mereka tidak berada di tempat saya. Mereka (warganet) tak tau pun apa yang saya lalui dan hadap,” katanya.

Ditanya tidakkah dia terganggu dengan kecaman dihadapi kerana dalam pantang bersalin, Hana berkata tidak terkesan langsung.

“Saya rasa tak terganggu pun dengan kecaman dilemparkan sebab kebanyakan pengikut di Instagram (IG) saya sudah memahami situasi dihadapi.

“Mereka (pengikut) sangat baik dengan saya dan memberi sokongan. Ia membuatkan saya lebih bersemangat untuk mulakan hidup baru,” katanya.

Ditanya juga perancangannya akan datang, Hana berkata buat masa ini dia mahu habis berpantang di rumah keluarganya di Kedah dan tidak pasti mahu balik menetap di ibu kota.

Sementara itu, Abu dihubungi berkata hubungan rumah tangganya bersama Hana tiada masalah dan mereka masih suami isteri

Pemilik nama sebenar Muhd Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi ini juga menafikan dia berlaku curang.

Tidak berlaku apa-apa kecurangan. Doa yang baik-baik buat kami. Apapun, ini ujian Allah buat saya.

“Saya kena kuat dan sabar. Mohon doa yang baik-baik buat kami. Dalam mana-mana rumah tangga pun akan ada macam-macam ujian. Saya tak terkecuali. Doakan segalanya baik-baik sahaja,” katanya.

Terdahulu, pada April tahun lalu Abu jadi perhatian warganet kerana berkahwin lain ketika bekas isteri sarat hamil.

Hana dikatakan punca sehingga konflik tercetus di antara Abu dan Ain selesai pada 16 Mei tahun lalu apabila bercerai talak kedua.

Hasil perkahwinan hidup Abu dan Ain, mereka dikurniakan seorang bayi lelaki, Muhammad Adam Aysar yang lahir pada 7 Jun tahun lalu.

https://www. hmetro  .com.my/utama/2020/02/544383/pu-abu-hana-azraa-apa-cerita

Bila Besar Nanti, Kau Pijak Bapa Kau Ni Ye Dik” – Netizen Kecam PU Abu Muat Naik Gambar Bersama Anak

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Abu Sufyan Mokhtar (@_sufyanmokhtar)

Sebentar tadi, PU Abu telah memuatnaik gambar dirinya bersama anaknya yang baru lahir di laman Instagram miliknya.

Dia meluahkan rasa bersyukur apabila bekas isterinya, Ain Afini Latif selamat melahirkan seorang bayi lelaki di Hospital Shah Alam pada Jumaat lalu

Malah, Abu juga meninggalkan pesanan untuk anaknya di ruangan kapsyen foto tersebut.

“Alhamdulillah tanggal 7 Jun, jam 12.55 tengah hari telah lahir anak hebat dan putera sulung ini.

“Moga jadi anak yang soleh dan berbakti kepada Islam.

Ayah mohon maaf sebab banyak buat salah pada awak disaat awak dalam kandungan. Jaga hati ummi elok-elok sebab banyak pengorbanan ummi sepanjang awak ada dalam perut ummi,” – tulis PU Abu di Instagram.

Namun, gambar Abu bersama anaknya itu mengundang kemarahan kepada segelintir netizen yang mendakwa Abu sengaja membuat ayat sedih memandangkan apa yang dibuat terhadap bekas isterinya itu tidak setimpal dengan pengorbanannya sebagai seorang ayah.

Pelbagai kecaman daripada netizen sehingga ada yang mahukan anaknya itu tidak mengikut jejak langkahnya apabila sudah besar nanti.

Bukan itu saja, malah ada yang mahukan bayi lelaki itu memijak Abu dan memasukkan mercun ke dalam mulut Abu apabila sudah besar nanti.

http://www.teh panas.com/  netizen-kecam-pu-abu-muat-naik-gambar-bersama-anak/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*