Connect with us

Isu Semasa

Instagram Ecah anaK Cik Ta iklan aset di k3cam Netizen

Published

on

IG Aaisyah Dhia Rana Promosi Produk Besarkan Aset Wanita, Che Ta Dikecam Netizen

Pelakon Rozita Che Wan,47, telah menarik perhatian netizen apabila akaun Instagram anakanya, Aaisyah Dhia Rana,7, telah memuat naik satu hantaran berupa video promosi produk membesarkan aset khas untuk wanita.

Video berdurasi kurang daripada 1 minit itu telah memaparkan seorang wanita sedang memegan produk dengan menunjukkan hampir sebahagian payu daranya dengan memakai baju tidur yang seksi.

Netizen yang melihatkan video tersebut meluahkan rasa kurang senang kerana merasakan intipati video tersebut agak lucah dan tidak sesuai untuk usia anaknya yang masih kecil.

Lantas, pengikut dan peminat si cilik itu tampil memberikan ‘sepatah dua kata’ kepada Che Ta di atas tindakannya membiarkan iklan seperti itu berada di Instagram anaknya. Malah, ada yang bertindak untuk tidak mengikuti lagi akaun media sosial Aaisyah dan ada juga yang telah berkurang rasa hormat kepada aktres jelita ini.

 

Namun, Che Ta masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap perbuatan itu meskipun dikritik hebat oleh netizen.

Sekadar info, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak ketiga kepada pelakon itu hasil perkahwinannya bersama pelakon Zain Saidin. Terdahulu, Che Ta turut mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya yang terdahulu.

SUMBER : Instagram Aaisyah Dhia Rana

komen netizen

Aaisyah menari lagu Blackpink di TikTok, Che Ta ditegur tak pandai jaga anak – “Daripada kecil kita nak ajar jangan terkinja-kinja macam tu”

Netizen tegur Rozita Che Wan tidak pandai membimbing anak.TEGURAN netizen supaya tidak mengajar anak bermain aplikasi TikTok mengundang rasa kurang senang pelakon Rozita Che Wan.

Ujar Rozita, dia tidak perlu mengajar anak perempuannya Aaisyah Dhia Rhana untuk menggunakan TikTok, sebaliknya perkara itu dipelajari seiring dengan perkembangan semasa.

“Alahai tak payah la diajar TikTok ni,” komen seorang netizen di Instagram Aaisyah.

ARTIKEL BERKAITAN: Foto Aaisyah pula jadi ‘mangsa’ lepas geram netizen

“Tak payah ajar… budak-budak zaman sekarang semua ceqedik (cerdik),” balas pengendali akaun Instagram Aaisyah yang dipercayai Rozita sendiri berdasarkan gaya bahasanya.

Isu ini bermula apabila Aaisyah, 5, memuat naik video dia sedang menari lagu How You Like That nyanyian kumpulan Kpop terkenal Blackpink.

Teguran seorang netizen di ruangan komen perkongsian itu.

Beberapa netizen turut menyokong teguran yang diberikan dengan mengatakan ibu bapa perlu lebih bijak dalam membesarkan anak-anak.

“Ya, budak-budak sekarang cerdik, tapi ibu bapa kena lebih cerdik untuk bimbing anak.

“Walaupun budak-budak lagi… walaupun kecil lagi, memang comel. Tapi daripada kecil la kita nak ajar jangan terkinja-kinja macam tu. Anak dah sedia lawa, comel dan cantik belaka… tak buat semua tu pun lagi lawa. Maaf ya, cuma nak kongsi pendapat.

Rozita bersama suaminya, Zain dan anak mereka.

“Dah dapat anak sempurna sifat, salah didik pula. Tak takut ke akibatnya?” komen beberapa netizen.

Rozita, 47, dan Zain, 36, mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aaisyah yang kini berusia enam tahun.

Rozita turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Affendy, 24, dan Aniq Ezzra, 22, hasil perkahwinan pertamanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending