tabahlah awak- Zara Zya terp4ksa buang 32 biji kek pisang

“Masin-semasinnya”- Zara Zya terp4ksa buang 32 biji kek pisang

PELAKON Zara Zya yang kini mengusahakan perniagaan menjual kek pisang meluahkan perasaan kesalnya apabila terpaksa membuang sebanyak 32 biji kek yang dibakarnya pada Khamis.

Menurut Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 36, kek itu terpaksa dibuang selepas dia tersalah memasukkan garam dalam amaun yang banyak kerana menyangkakan bahan itu adalah tepung serbuk penaik (bicarbonate soda).

“Menangis saya malam ni… bila garam saya ingatkan bicarbonate soda.

“Masin semasin-masinnya kek saya malam ni terpaksa buang 32 biji,” katanya.

Walaupun keknya tidak menjadi, Zara menyifatkan ia antara kenangan paling manis buatnya sepanjang melibatkan diri dalam bidang perniagaan makanan.

Perkongsian Zara mengenai kek yang terpaksa dibuangnya.

“Tergeliat saya mulakan balik. Ini pengalaman buat saya dalam projek Zarazyacooks walaupun ketawa dalam airmata,” ujarnya.

Netizen yang terhibur dengan perkongsian Zara turut memberikan beberapa tips agar pelakon itu tidak lagi tersalah memasukkan bahan ke dalam adunan.

Masin semasin-masinnya kek saya malam ni terpaksa buang 32 biji.

“Bubuh sticker besar-besar kat botol garam itu. Harapnya tidak silap lagi… saya suka kek pisang Zara, tak manis sangat, just nice.

“Labelkan, senang nak kesan. Mana garam, mana tepung serbuk penaik.

“Sabar banyak-banyak ya, mak saya dulu pernah kena juga. Dia buat lepat pisang untuk berniaga, nak masukkan gula tapi termasukkan garam sebenarnya. Terpaksa buang tak boleh buat apa dah,” tulis netizen.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelakon drama Monalisa itu memanfaatkan masa lapangnya dengan berniaga kek pisang yang dijual pada harga RM10 sebiji.

Sumber: mStar

berita sebelum ini

Zara Zya Cuba Bantu Orang Susah, Jual Kek Pisang – “Hasil Jualan Akan Disalurkan, Saya Guna Kelebihan Buat Kek.”

Pelakon dan usahawan, Zara Zya tampil melakukan inisiatif tersendiri di dalam usaha membantu golongan yang memerlukan dengan menjual kek pisang hasil air tangan sendiri.

Menurut Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin,35, kek pisang yang dijual dengan harga RM10 sebiji itu menggunakan modal sendiri dan hasil jualan akan disumbangkan kepada mereka yang layak menerimanya.

“Sepanjang tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang dikuat kuasakan ketika ini, penggambaran ditangguhkan dan pergerakan menjadi terhad. Jadi, selain menguruskan restoran, saya mencari masa dengan membuat kek pisang dan dijual kepada orang ramai secara dalam talian.

“Kiranya mereka yang membeli kek ini sekaligus melakukan kerja amal. Hasil jualan akan disalurkan ke dalam dana Zara Prihatin dan akan diberikan kepada golongan susah yang terkesan akibat pandemik.

“Misalnya para pelajar yang terkandas di semenanjung, mereka yang kehilangan pendapatan selain petugas barisan hadapan. Pembeli boleh beli atau membuat tempahan menerusi Instagram.

“Agihan bantuan pula saya agihkan secara berperingkat dan mengikut sasaran,” kata pemilik ZaraZyaCooks ini.

Mahu menyumbangkan sesuatu kepada golongan yang terjejas, bintang drama Calon Menantu Tuan Rumah ini juga menambah inilah masa untuknya melakukan sesuatu dengan apa adanya.

“Sebelum ini pun saya terfikir juga, apalah cara yang ada untuk saya bantu masyarakat yang terkesan dengan situasi sekarang. Jadi, saya gunalah kebolehan membuat kek demi mengumpul dana.

“Orang ramai bukan sahaja boleh makan kek pisang resepi saya, malah pada masa sama turut melakukan kebajikan. Harganya juga mampu milik dan harapan saya moga sumbangan yang tidak seberapa ini sedikit-sebanyak mampu meringankan beban sesetengah orang, insya-Allah” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZaraZya (@zarazya)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*