5 gambr vid Comel putih gebu. Muka daddy sangat,Baby Fatima Aisha buat netizen geram

Makin Besar Makin Comel dan Tinggi ikut Daddy, Foto Terkini Anak Fattah & Fazura Jadi Perhatian!

Siapa tidak kenal dengan pasangan selebriti popular yang cukup disenangi ramai iaitu Fattah Amin dan Fazura. Pasangan ini selamat menimang cahaya mata mereka pertama, Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober lalu.

Namun, mereka mula mendedahkan foto anak kepada umum pada malam tahun baru 1 Januari 2021 bersamaan hari Jumaat.

Keluarga bahagia

Selepas menjadi teka teki peminat, akhirnya Fattah dan Fazura berkongsi foto mereka sekeluarga bersama puteri kesayangan mereka iaitu Fatima Aisya. Fazura dilihat mendukung Fatima yang mengenakan gaun berenda rona krim dan bertopi dengan warna senada.

Terdahulu, Fazura memberitahu keputusan mendedahkan wajah puteri kesayangan itu dibuat atas permintaan peminat yang tidak sabar melihat cahaya mata mereka. Dia memilih untuk berkongsi wajah anaknya pada 12 malam kerana tarikh 1 Januari 2021 jatuh pada hari Jumaat dimana anaknya juga lahir pada hari Jumaat. ini caption fazura

Makin comel

I am 4 months old but my new clothes are a size of 6-9 months because I’m tall like daddy and I am currently 7.5kgs healthy.. Alhamdulillah 🤲🏻

Also, say hi to my favorite giraffe – Sophie. 🦒✨

Seperti dijangka, cahaya mata pasangan ini menjadi perhatian netizen yang sememangnya dinantikan sejak dahulu. Kini puteri kesayangan Fazura dan Fattah sudah berusia 4 bulan. Rata-rata memuji kecomelan wajah pasangan itu yang katanya mirip gabungan mereka berdua. Geram tengok Fatima ini kan?

Ikut muka siapa ini?

gambar ni aje yang rupa ibunya fazura

komen2 Netizen

Adakah aku first? Muka daddy sangat. Ooooo fatima, baby bertuah. Walau apa orang kata, fatima tetap gojess baby

Aloooo chomel nywr fatima.. Geram acik tgk nak gigit n gomol gomol

Cantik je bg aku..sejuk parents, muka ikut daddy.. makin meroyan la haters fatima.. tp kan kita kna respect la apa org mintak..ni kan dr private akaun, tgk je kat ig mana yg follow tu sudah xperlu dibuat gosip..sian budak tu kicik2 da kna hadap haters dr nuraka

Mata sebijik Patah.
Eh, dua bijik

Ala omey omey patima patah. Anak iols pun tinggi dari dalam perut lagi tulang kaki lebih panjang dari umo ikut husband juga, tapi husband iols bukan patah

Mekjura pun bukan katek, so genetik dua2 la tinggi kan

Uqasha Dedah Kisah Rapatkan Fattah Dan Fazura

Aktres Uqasha Senrose teruja kerana usahanya untuk merapatkan Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin, mencetuskan bibit cinta sebelum pasangan itu melangsungkan pertunangan.

Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Senrose berkata, Fattah dan Fazura kelihatan ego serta banyak membuat hal sendiri sewaktu awal penggambaran drama rantaian Hero Seorang Cinderella (HSC).

Lantaran itu, dia mengambil langkah mendekatkan mereka, namun tidak terfikir akan sampai ke tahap bercinta.

“Ketika awal penggambaran drama itu, mereka agak ego. Jadi, saya cuba usik-usik mereka untuk mendapatkan keserasian. Alhamdulillah, sejak itu saya lihat mereka mula rapat dan menjadi lebih akrab ketika menjalani penggambaran di Pulau Perhentian, Terengganu.

“Ketika itu, saya dapat berasakan bibit cinta antara mereka sedang berputik. Saya sangat gembira kerana akhirnya saya berjaya merapatkan hubungan mereka,” katanya memetik portal BH Online.

Pada sidang media baru-baru ini, Fattah dan Fazura mengumumkan telah mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis di rumah keluarga Fazura pada 13 November lalu.

Dalam pada itu, Uqasha mengakui, dia gembira dengan keputusan yang diambil pasangan itu kerana menganggap mereka sangat secocok dan romantik.

Saya dan Fazura sudah seperti adik-beradik dan saya gembira melihatnya bahagia. Mereka berdua begitu romantis apabila bersama,” katanya.

Uqasha berkata, dia berharap Fattah tidak akan mensia-siakan wanita yang sudah dianggapnya bagai kakak kandung itu.

“Alhamdulillah, Fazura yang saya anggap seperti kakak sendiri dipertemukan dengan lelaki yang boleh menjaganya. Saya harap Fattah akan mencintai dan menyayanginya hingga akhir hayat,” katanya.

Sumber berita: BH Online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*