Connect with us

Isu Semasa

Liga M3 ditunda ke Jun

Published

on

PETALING JAYA: Saingan Liga M3 2021 yang pada asalnya dijadualkan bermula Mac ini akan dipinda ke satu tarikh baharu iaitu pada Jun depan.

Pengerusi Liga Bola Sepak Amatur (AFL), Datuk Yusoff Mahadi berkata, pindaan itu dibuat bagi memastikan kesihatan pemain dan pegawai serta perancangan pasukan yang bakal bertanding tidak terjejas susulan pandemik Covid-19.

“Walaupun kami ingin pertandingan Liga M3 musim 2021 ini dijalankan mengikut jadual awal seperti yang dirancang tetapi kesihatan serta keselamatan pemain dan pegawai pasukan keutamaan buat kami di AFL,” kata Datuk Mohd. Yusoff dalam satu kenyataan hari ini.

Begitupun jelasnya, pindaan tersebut tidak akan menjejaskan proses saringan serta pengesahan pasukan bertanding yang dijangka selesai awal Mac ini.

“Pengesahan awal ini akan memberi masa yang mencukupi untuk kesemua pasukan yang bertanding bersiap siaga dalam mengharungi saingan Liga M3 2021,” ujar beliau.

Tambah beliau, pindaan tersebut juga merupakan satu langkah proaktif bagi memastikan kelancaran semua aspek pertandingan termasuk pendaftaran pemain dan pasukan serta penjadualan perlawanan Liga M3 tidak terganggu.

“AFL akan menggunakan waktu pindaan ini untuk melakukan saringan yang lebih teliti ke atas semua dokumen yang telah diserahkan oleh pasukan.

“Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, proses saringan perlu sebagai langkah persediaan bagi menyiapkan mereka (pasukan) ke arah semipro selain untuk mengenal pasti pasukan terbaik dan kompetitif.

“Bagi saingan Liga M3 musim ini, AFL telah bersedia dengan beberapa format pertandingan dan akan meneliti dan memilih format yang terbaik selepas memuktamadkan jumlah pasukan yang layak dan melepasi syarat untuk bertanding,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending