Connect with us

Semasa

“Saya suka golek kat katil sampai tengahari” – Pengakuan berani! Wanita ini yakin kahwin suami orang pilihan paling tepat, dapat terapi paling bernilai

Published

on

APABILA berbicara soal poligami, sudah tentu ada dalam kalangan kita yang mempunyai pandangan berbeza-beza.

Ada yang bersetuju untuk hidup bermadu, namun ada pula yang menolak amalan itu secara total.

Di Facebook misalnya, seorang wanita dikenali sebagai Haryani Ithnen menarik perhatian ramai selepas dia berkongsi nukilan berhubung topik itu.

Kata wanita itu, dia mempunyai lima sebab kenapa memilih untuk berkahwin dengan suami orang.

Dalam penjelasannya, Haryani mengakui kehidupan berpoligami membolehkan dia mencari masa tersendiri khususnya apabila suami tiada di sisi.

“Saya nak masa saya bersendiri, saya suka golek-golek kat katil sampai tengahari, lapar saya ke dapur, dah kenyang saya tonton filem.

“Itu adalah terapi paling best dalam yang tak boleh dibayar walau semahal mana sekali pun. Kedua, bila berjauhan dengan suami, rasa teruja nak jumpa dia.

“Rindu. Mungkin peringkat permulaan rasa janggal tapi bila fikir ramai je sahabat-sahabat yang amalkan perkahwinan jarak jauh (PJJ) OK je, kenapa kita tak boleh pula?” tulisnya.

Wanita itu menyenaraikan lima sebab kenapa dia memilih untuk menyokong amalan poligami.

Tambah wanita itu lagi, proses mencari seorang lelaki yang baik untuk dijadikan sebagai suami juga bukanlah satu perkara yang senang.

Oleh itu katanya, tiada apa yang salah sekiranya dia mahu berkongsi kasih dengan wanita lain dan sama-sama menjadi isteri kepada lelaki yang baik.

“Untuk wanita lewat usia… sama ada janda atau perawan, cabaran terbesar dia adalah bagaimana mana nak cari lelaki bujang yang lebih tua dari dia dan baik.

“Selalunya lelaki yang baik-baik ni, kat universiti dah nikah dah. Tak pun sebelum umur 30 mereka dah tamatkan zaman bujang mereka. Jadi, suami orang adalah pilihan paling tepat,” ujarnya lagi.

Tambah wanita itu, kehidupan berpoligami juga membolehkan dia memiliki waktu yang fleksibel.

Selain tidak perlu menyediakan keperluan suami sepanjang hari, dia juga mempunyai lebih banyak masa untuk bersama ahli keluarga.

“Keempat, saya tak suka jadi isteri sepenuh masa. Penat nak kena sediakan semua keperluan suami 24 jam. Saya suka jadi isteri separuh masa.

“Sebab kelima saya akan ada banyak masa dengan keluarga saya. Oleh itu, saya pilih poligami.

“Siapa yang belum jumpa manisnya berpoligami, itu tanda masih kurang ilmu. Teruskan belajar,” jelasnya.

Antara komen di Facebook.

Sehingga kini, posting itu menerima lebih 14,000 komen di Facebook.

Malah, ia turut dihujani dengan pelbagai komen netizen termasuklah yang mengecam kenyataan wanita itu.

“Kenapa tidak puan yang berkahwin dengan lelaki bujang dan carikan isteri kedua ketiga dan keempat? Kenapa pula puan yang perlu jadi perampas untuk keselesaan puan?

“Entahlah. Rasa tak munasabah je sesetengah alasan tu. Berhati-hati dalam menulis atau bercakap. Jangan sebab kita, orang pandang serong pada poligami.

“Hak orang jangan diambil! Banyak hati yang terluka. Jangan ingat nak senangkan hidup kita sendiri sayang! Berfikirlah. Allah beri kita akal,” tulis beberapa netizen.

Mstar

Continue Reading
Advertisement

Trending

Idea and Concept by @ Rentas Malaysia