Connect with us

Semasa

Kenal sebelum jadi ‘hero Malaya’, Idris Md Diah orang pertama yakin bakat Remy Ishak – “Tak percaya? kau tengoklah nanti”

Published

on

PEMERGIAN dramatis veteran Idris Md Diah memberi memberi kesan kepada rakan artis yang pernah bekerjasama dengan Allahyarham termasuklah pelakon terkenal Remy Ishak.

Berkongsi pengalaman mula memasuki dunia seni, Remy berkata, Allahyarham antara orang pertama yang menyedari dan percaya dengan bakat lakonannya.

“Dik… InsyaAllah kau boleh pergi jauh, bukan senang nak cari pelakon yang ada rasa, abang percaya dengan kau.

“Tak percaya? kau tengoklah nanti” tulis Remy.

Idris meninggal dunia dalam tidur.

Idris Mohd Diah meninggal dunia pada usia 61 tahun di kediamannya di Presint 9, Putrajaya awal pagi Isnin.

Pelakon yang terkenal dengan watak Pak Andak menerusi drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2 dikatakan meninggal dunia ketika sedang tidur kira-kira pukul 2.30 pagi, Isnin.

Dalam pada itu, Remy berkata, dia mengenali Allahyarham ketika berlakon dalam telefilem untuk RTM dan ketika dia belum dikenali sebagai Remy Ishak.

“Ayat abang Dris bagi waktu aku mula-mula masuk bidang lakonan. Masa tu aku tengah berlakon drama telemovie untuk RTM dengan Abg Dris dan Uncle Abu Bakar Omar, zaman awal sebelum aku jadi ‘Remy Ishak’.

“Tak ada orang yang kenal, tak ada siapa-siapa yang percaya dengan aku masa tu. Sampai ke hari ni terngiang-ngiang suara abang Dris kat telinga.

“Semoga abang di tempatkan kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,” ujarnya.

Pelakon ‘7 Hari Mencintaiku’ Idris Md Diah meninggal dunia dalam tidur

SELEPAS dikejutkan dengan kematian beberapa selebriti sejak beberapa hari lalu, seperti Datuk Zulkifli Zain dan Sandra Dianne, dunia hiburan sekali lagi diselubungi berita sedih apabila pelakon veteran Idris Mohd Diah pula meninggal dunia.

Idris, 61, yang terkenal dengan watak Pak Andak menerusi drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2 dikatakan meninggal dunia ketika sedang tidur kira-kira pukul 2.30 pagi, Isnin di kediamannya di Presint 9, Putrajaya.

Menurut anak arwah iaitu Alia, ayahnya diketahui tidak sedar diri sekitar pukul 2 pagi dan ketika pasukan perubatan yang dihubungi tiba untuk memberikan rawatan, mereka mengesahkan Allahyarham sudah meninggal dunia.

“Ayah disedari tidak sedarkan diri sekitar pukul 2 pagi tadi. Arwah sudah dua tiga hari tidak selera makan,” ujarnya.

Jenazah akan dimandi dan disembahyangkan di Masjid Al-Faizin Desa Jaya, Kepong dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan, sebelum solat Zuhur.

Idris antara pelakon veteran yang masih aktif membintangi pelbagai drama tempatan.

Antara drama yang pernah dilakonkannya ialah Cucu Tauke Beras, Menantu Bilal, Andainya Takdir dan Zahir Tak Terucap.

Selain berlakon, Idris juga pernah berkhidmat sebagai pustakawan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) pada tahun 1980-an.

Mstar

Continue Reading
Advertisement

Trending

Idea and Concept by @ Rentas Malaysia