Connect with us

Semasa

“Dah nabi kata lelaki tak boleh pakai emas.. tak kisah lah masa berlakon ke tak..” – Lelaki ini tegur pedas Tauke Jambu.

Published

on

Tak Tahu Tulen Ke Tak, Tauke Jambu Tetap Ditegur – “Tak Kisahlah Shooting Ke Tak, Dah Lelaki Tak Boleh Pakai Emas”

Pelawak dan pelakon Tauke Jambu ditegur netizen mengenai kesalahan seorang lelaki memakai barang perhiasan daripada emas.

Teguran itu diberi selepas Tauke memuat naik foto merakamkan dirinya memakai perhiasan emas yang terdiri daripada beberapa utas rantai, gelang dan juga sebentuk cincin.

Namun menurut Tauke perhiasan barangan emas itu hanyalah bertujuan untuk sesi penggambaran sahaja.

Namun Tauke tidak menjelaskan sama ada emas yang disarungkan itu adalah tulen atau pun tidak.

“Ini gambar masa shooting tau… Lelaki tak boleh pakai emas. Saja nak tanya lu orang… Rasa-rasa berapa nilai yang wa sarung semua kat badan ni?” tulisnya ringkas.

Bagaimanapun foto tersebut mengundang pelbagai reaksi pengikutnya termasuklah rasa kurang senang dengan perbuatan Tauke itu.

“Tak kisahlah masa shooting ke tak… Dah nabi kata lelaki tak boleh pakai emas… Bukannya terkecuali masa shooting. Adoi,” tegur @khairuddin03_

“Maaf bukan lelaki tidak boleh pakai emas ke @taukejambu2,” komen @msyazwaniarani

“@khairuddinofficial_ prop jer kot… Gila ke apa production nak pkai emas betul… Silap-silap habis shooting, dah hilang wat pajak gadai… Tak gitu pak @taukejambu2,” komen @khairulmikhail

Terdahulu, penyanyi rap kumpulan K-Clique MK juga pernah ditegur mengenai isu yang sama.

“Kita Masing-Masing Ada Buat Dosa” – MK Jelas Isu Pakai Barang Perhiasan Emas

Penyanyi rap kumpulan K-Clique MK menegaskan dia tahu kesalahan seorang lelaki memakai barang perhiasan daripada emas.

Menurut MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 24, sebelum ini memang ada ramai peminat yang turut mengingatkannya tentang perkara itu.

“Saya pakai emas ketika buat persembahan sahaja. Ini pun semuanya kerana minat. Saya faham benda ni haram. Tapi saya sekadar pakai tapi memang tidak dinafikan perkara ini salah.


“Tapi apa boleh buat, minat kan so langgar sahaja lah,” kata MK kepada Gempak.

MK ditemui ketika Anugerah Era Digital Muzik (EDMA) yang diadakan di Battle Arena, Petaling Jaya pada Jumaat.

Tambah MK lagi, dia tidak pernah mendorong para peminat yang terdiri daripada golongan muda untuk mengikut perbuatannya.

“Kalau artis nak dilabel sebagai contoh ataupun ikon, ada ramai lagi yang menunjukkan contoh yang tak baik.

“Imej yang saya tunjuk, saya tak pernah provoke orang untuk ikut pakai sama tapi pada masa yang sama saya tetap menasihati peminat untuk buat perkara-perkara yang baik.

“Saya tetap akan pakai emas. Kita masing-masing pendosa tapi bukan tugas kita untuk menilai. Sendiri punya dosa, sendiri tanggung. Keep it real,” jelasnya lagi.

Sekadar info, nama MK dan K-Clique semakin popular apabila lagu duet bersama Alif berjudul Mimpi menjadi lagu hit sepanjang tahun 2019.

Gempak

Continue Reading
Advertisement

Trending

Idea and Concept by @ Rentas Malaysia