Connect with us

Entertainment

Punyalah Tanak Kena Covid, Bintang Bollywood Ini minum air kencing lembu setiap hari

Published

on

NEW DELHI: Bintang Bollywood, Akshay Kumar, mendedahkan beliau minum air kencing lembu setiap hari kerana seperti mana sebahagian besar penduduk India, percaya ia mempunyai khasiat perubatan termasuk bagi melawan COVID-19.

Pelakon berusia 53 tahun itu berkata demikian dalam promosi program televisyen Britain bersama pengembara lasak terkenal, Bear Grylls, di mana mereka meminum teh diperbuat daripada najis gajah di sebuah pusat perlindungan harimau.

“Saya amat teruja untuk bimbangkan perkara ini (minum teh najis gajah), malah saya minum air kencing lembu setiap hari sebagai rawatan ayurveda.

“Jadi, ini (minum teh najis gajah) tidak begitu teruk,” katanya dalam satu perbualan media secara langsung menerusi laman sosial semalam.

Kumar adalah penyokong tegar Parti Barathiya Janata (BJP) pimpinan Narendra Modi, yang memperuntukkan jutaan dolar bagi penyelidikan produk menggunakan bahan buangan haiwan itu untuk merawat penyakit seperti diabetes dan barah.

Walaupun tiada bukti saintifik mengenai manfaat perubatannya, beberapa ahli politik BJP kerap mempromosi penggunaan najis dan air kencing lembu bagi merawat COVID-19.

Penduduk India berketurunan Hindu percaya bahawa lembu adalah haiwan suci dan air kencingnya mempunyai khasiat perubatan serta turut digunakan dalam perubatan tradisi ayurveda.

Malah, kerajaan Modi turut menubuhkan Kementerian Ayurveda dan Yoga, dengan Modi sendiri pada Jun lalu mengesyorkan yoga boleh bantu mewujudkan ‘perisai perlindungan’ terhadap COVID-19.

Covid-19 setakat ini menjangkiti 4,568,770 orang termasuk mengorbankan 76,348 mangsa di India. – AFP

BH

Continue Reading
Advertisement

Trending

Idea and Concept by @ Rentas Malaysia