Connect with us

Semasa

Pak Cik Ini Jual Semua Harta Lepas Isteri Meninggal, Tiada Anak & Tidur Pun Di Kedai Jahit Kasut Miliknya

Published

on

Kasih sayang isteri bawa sampai mati, itulah ungkapan yang sesuai untuk seorang warga emas yang telah korbankan harta di dunia selepas kematian isterinya sejak berapa puluh tahun lalu. Benarlah, cinta sejati itu wujud.

Paling menyentuh hati, warga emas yang dikenali Pakcik Osman ini telah menjual segala hartanya dan tinggal di kedai yang kecil ini untuk mencari rezeki yang halal. Tak kisah berpanas dan hujan, pakcik ini redha dengan kehidupannya memandangkan dia tidak mempunyai keluarga.

Jadi, sebagai seorang insan berhati mulia tak salah kalau kita sama-sama menghulurkan tangan memberi bantuan kepada pakcik ini.

“Lepas Isteri saya meninggal, saya jual semua harta, saya tidur kat kedai ni, anak pun takde dik” – Pakcik Osman

Mandi dekat depan-depan tu, owner kedai kasi tumpang. Pakcik Osman, daripada aku kecil Kedai Jahit Kasut ni dah ada.

Menurut pemilik akaun Twitter Aus Meshi semasa dihubungi, pakcik ini telah lama bekerja di situ sejak kedai tersebut dibina dengan kayu dan papan kecil yang memuatkan dirinya seorang sahaja. Kedai sekarang merupakan hasil sumbangan orang ramai supaya dia tinggal dengan selesa.
Memang daripada saya kecil lagi dia meniaga situ. Dulu pondok papan kecil je muat-muat untuk dia kerja sorang. Lepas itu, orang ramai bagi sumbangan buatkan kontena tu. Bagi dia selesa sikit.

Soal mandi pula, ada seorang hamba Allah yang baik hati memberi tumpang mandi di kedainya. Bukan itu sahaja, tuan kedai tersebut membuat satu ruangan kosong untuk pakcik ini mandi dan tidur di situ memandangkan dia tidak ada rumah sejak kematian isteri tercinta.

Rata-rata orang ramai turut berkongsi pengalaman pernah menggunakan perkhidmatan pakcik ini untuk membaiki kasut mereka. Semoga rezeki pakcik ini sentiasa terbentang luas untuknya.

Untuk orang ramai yang ingin mendapatkan perkhidmatan dan ingin menghulurkan sumbangan boleh pergi ke Kedai Baiki Kasut yang terletak di sebelah Megoplex, Ipoh.

Sumber SK

Continue Reading
Advertisement

Trending

Idea and Concept by @ Rentas Malaysia