Connect with us

Semasa

Rupanya ini sebabnya kenapa Wanita ini di halau dari kedai makan. Anak pemilik kedai dedahkan segalanya

Published

on

Anak Pemilik Kedai Tengking Pelanggan Ketika Live Tampil Jelaskan Punca Sebenar Wanita Itu Dihalau

Susulan vdeo tular seorang pengusaha produk dit3ngking pemilik kedai makan, anak kepada pengusaha restoran berkenaan tampil menjelaskan situasi sebenar

Bercakap kepada mStar, beliau mengakui ketika kejadian ibunya meminta mereka beredar sekiranya mahu membuat reviu produk.

Wanita berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Illa kesal dengan tindakan Eira yang selamba membuat reviu produk di premis mereka tanpa kebenaran.

” Mereka datang ke restoran kami, tanpa minta izin tiba-tiba buat reviu produk. Suara dia pula tu kuat, sedangkan kami ada pelanggan-pelanggan lain ketika itu.

” Kedai kami pun ada undang-undang bukan boleh buat macam tu sesuka hati je. Tapi kami tak ada t3ngking dengan kata-kata kes4t atau baling keluar produk mereka.

” Saya faham zaman sekarang semua nak buat live untuk reviu produk. Dalam vdeo dapat dengar mak saya kata pasal PKP yang mana tak boleh lama-lama di kedai makan.

” Jadi mereka kena ikut SOP (prosedur operasi standard) datang hanya untuk makan dan bukannya duduk lama buat reviu produk,” tambahnya.

Wanita berusia 37 tahun itu juga kesal berikutan vdeo yang tular itu memberi imej buruk kepada bisnes restoran yang diusahakan ibu bapanya sejak 30 tahun lalu.

” Kami tak suka cari masalah, tak suka cari publisiti. Dia nak buat reviu itu hak dia. Tapi janganlah viralkan vdeo tu sehingga melingkupkan bisnes orang lain.

” Kalau tak suka, boleh pergi makan ke kedai lain tapi bukannya memburukkan kedai orang. Kami sekeluarga berniaga untuk cari makan,”

Demikian penjelasan Illa sambil menambah sejak insiden menjadi tular, mereka dihujani panggilan dan mesej dengan kata-kata kesat daripada individu tidak dikenali.

Bukanlah suara saya kuat – pengusaha produk

Terdahulu tular rakaman vdeo yang tular apabila wanita dikenali sebagai Eira Aziera mendakwa dit3ngking pemilik kedai sewaktu membuat reviu produk di dalam kedai terbabit.

Eira yang ketika itu sedang ‘live’ bersama pengikutnya terkedu apabila mendengar pemilik kedai melarangnya membuat reviu.

” Kedai makan tak boleh buka produk-produk. Selepas makan balik, PKP (Perintah Kawalan Pergerakan)!!” kata wanita yang juga pemilik kedai tersebut.

Eira yang dihubungi mStar berkata, insiden berlaku di sebuah restoran di Bandar Hilir, Melaka di lokasi tumpuan pelancong, pada Selasa lalu.

Usahawan kosmetik berusia 37 tahun itu memberitahu, dia sememangnya berpengalaman membuat reviu produk dalam membantu peniaga-peniaga tempatan secara dalam talian.

” Buat reviu produk ni boleh online di mana-mana, janji live. Masa tu saya bersama kira-kira 10 pengikut saya ada sekali nak makan di kedai tu.

” Bukanlah suara saya kuat, tapi bila dah ramai tu, suasana jadi riuh sedikit sebab masing-masing dapat berkumpul bersama.

” Tapi tak sangka pula masa menunggu makanan sampai, pasangan suami isteri yang merupakan pengusaha kedai makan menengking saya dari jauh,” katanya.

Sumber Asia Kini

Continue Reading
Advertisement

Trending

Idea and Concept by @ Rentas Malaysia