Connect with us

Semasa

Gurauan mati bersama jadi kenyataan. Allahu

Published

on

Gurauan mati bersama jadi kenyataan

 

GURAUAN empat beranak mengenai apa akan berlaku jika mereka mati bersama jadi kenyataan apabila tiga daripadanya maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 37 Jalan Klang-Teluk Intan, dekat Kuala Selangor, malam tadi.

Dalam kejadian 10.45 malam itu, Anni Kholilah Salim, 42, dan dua anak perempuannya, Nurkhalisah Ali Yusri, 24, dan Nur Syafiqah, 17, yang menaiki Honda City maut di lokasi kejadian selepas bertembung Nissan Frontier dipandu lelaki berusia 40 tahun dari arah bertentangan.

Anak sulung Anni Kholilah, Elfa Susanti, 29, berkata pada 22 Ogos lalu, mereka ada bergurau mengenai kematian bersama.

“Kali terakhir dapat berbual dengan emak pada malam minggu lalu. Masa itu adik bongsu (Nur Syafiqah) gurau dengan adik nombor dua (Nurkhalisah), katanya jika dia meninggal dunia macam mana sebab dia yang selalu disuruh buat kerja rumah.

“Habis itu kalau kak Lisa (Nurkhalisah) meninggal dunia pula macam mana? Emak pula main-main apabila adik bongsu kata emak janganlah selalu marah adik, nanti kalau adik pergi nanti emak meratap.

“Emak kata, habis kalau emak pergi pula macam mana? Selepas itu saya pun geramlah, habis itu kalau pergi sama-sama pula macam mana saya cakap macam itu. Itulah perbualan terakhir kami bersama,” katanya.

Elfa Susanti ditemui di Tanah Perkuburan Masjid Jamek Batu 14 Puchong, hari ini, selepas ibu dan dua adiknya dikebumikan dalam satu liang lahad.

Menurutnya, tiga ahli keluarganya itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Pangsapuri Enggang, Bandar Kinrara dari Tanjung Karang.

“Mereka ke rumah emak angkat Nurkhalisah di Tanjung Karang. Saya sepatutnya ikut sekali tetapi sebab saya perlu siapkan (tempahan) kuih karipap, saya katakan emak pergi sajalah.

“Emak ada memberitahu berat hati nak pergi. Tetapi saya kata tak apalah emak, seronok-seronok. Nurkhalisah dah lama nak bawa emak makan BBQ di rumah umi (keluarga angkat) di Tanjung Karang,” katanya.

Menurutnya, sebelum ke Tanjung Karang kelmarin, ibunya memasak lauk kesukaan iaitu sambal taucu.

“Saya dapat pesanan suara malam tadi, emak tanya sama ada saya sudah membeli barang seperti tupperware, meja dan penyepit kuih kerana hari ini adalah hari pertama kami berniaga kuih,” katanya.

Dia berkata, perbualan melalui pesanan suara itu diterima pada 8.30 malam tadi sebelum kira-kira tiga jam kemudian dia mendapat khabar kemalangan yang mengorbankan ibu serta dua adiknya.

Sementara itu, bekas suami Anni Kholilah, Ali Yusri Husin, 58, yang juga Imam II Masjid Jamek Batu 14 Puchong berkata, musibah yang mengorbankan bekas isteri dan dua anaknya itu adalah ujian Allah.

“Bersyukur kepada Allah dan terima kasih orang ramai yang hadir pengebumian anak serta ibunya. Jenazah sampai sini (masjid) dari Hospital Tanjung Karang, kebetulan masuk waktu Subuh.

 

Jadi selepas solat Subuh, jenazah disolatkan pada 7 pagi, kemudian 9.30 pagi buat sekali lagi solat jenazah sebab ramai yang minta. Selesai solat jenazah kemudian selamat dikebumikan pada 10.30 pagi,” katanya.

 

sumber MH

Continue Reading
Advertisement

Trending

Idea and Concept by @ Rentas Malaysia