Connect with us

Entertainment

Penyanyi Lagu Poco-Poco Mninggal Dunia Selepas Disahkan Positif COVID-19

Published

on

Penyanyi Indonesia yang popular dengan lagu Poco-Poco, Yopie Latul dilaporkan meninggal dunia pada petang Rabu.

Memetik laporan media Indonesia, Yopie, 65, menghembuskan nafas terakhir di Rumah Sakit Medika Cibinong, Jawa Barat selepas disahkan positif wabak COVID-19.

Difahamkan, mendiang mula dimasukkan ke hospital sejak dua hari lalu dan tidak mengalami sebarang gejala wabak berkenaan.

Mendiang telah dikebumikan di Tempat Pemakaman Umum Pondok Ranggon, Jakarta Timur hari ini.

Sekadar info, Yopie mula aktif dalam bidang hiburan pada sekitar tahun 1982.

Popularitinya lebih meluas selepas lagu Poco-Poco yang dilancarkan pada tahun 1990 mendapat sambutan hangat di peringkat antarabangsa.

Malah, lagu itu masih popular dan digunakan dalam senaman serta tarian majlis sehingga kini.

Sumber : kompas.com

Jangan Buang! Duit Koyak Boleh Tukar Tau, Ini Caranya

Seringkali kita berasa kecewa dan merungut apabila mendapat duit koyak.

Disebabkan itu juga ramai yang memilih untuk membuangnya kerana menyangka duit yang rosak tidak mempunyai nilai.

Pasti ramai yang tidak mengetahui duit yang rosak mempunyai kategori tersendiri.

Setiap kategori kerosakan duit itu mempunyai nilainya yang tersendiri.

Menurut perkongsian seorang pemuda @rahmanismail di akaun Twitter miliknya, duit yang koyak itu boleh dibawa ke Bank Simpanan Negara (BSN) untuk penilaian.

“Tip duit terkoyak : Kalau kita ada simpan duit lama dahulu kemudian anai-anai makan, jangan buang duit tu.

“Bawa duit tu ke BNM. Nanti dapat balik nilai separuh atau penuh, bergantung pada saiz.

“Tapi kalau saiz bawah 1/3, maaf. Gone. Boleh sambung menangis di bucu katil.

“Kalau BNM jauh, nak bawa ke mana? Boleh cuba bawa ke bank berdekatan dahulu ataupun BNM cawangan,” kongsinya menerusi satu ciapan (tweet).

Dalam pada itu, netizen juga mengucapkan terima kasih kerana tidak kedekut berkongsi ilmu

Gempak

Continue Reading
Advertisement

Trending

Idea and Concept by @ Rentas Malaysia