Connect with us

Semasa

Banjir Kilat! Masjid Jamek Jadi ‘Pulau’, Sekitar KL Air Naik Mendadak. Bukan Itu Saja, Ular Sawa Besar Pon Kuar Dari Longkang

Published

on

Subahanallah! Seluruh ibu kota dari tadi hujan lebat takberhenti-henti, dapat dilihat ramai yang kongsikan gambar tempat penginapan bahkan tempat kerja mereka dinaiki air banjir.

Lebih memranjatkan lagi apabila melihat keadaan Masjid Jamek di Kuala Lumpur sekarang dinaiki air secara mendadak!

Kini gambar keadaan sekliling masjid tersebut tengah viral di media sosial.

“Masjid Jamek KL dah jadi pulau”

Tak sampai sejam ia dikongsikan dah raih 1,000 jumlah retweet sepanjang artikel ini ditulis. Ramai netizen yang tak percaya apabila melihat keadaan masjid tersebut.

Malah video daripada orang awam juga ada kongsikan keadaan terkini di sana. Video berdurasi 17 saat itu menunjukkan seluruh kawasan itu dinaiki air.

Malah, ramai juga yang bimbang apabila melihat gambar-gambar ini.

Be safe everyone – Netizen

Ular sawa kuar dari longkang

Tidak dapat diketahui dimana kejadian tersebut, dimaklumkan seekor ular sawa keluar dari longkang berdekatan dimana orang ramai berteduh. Ular sawa tersebut juga dikatakan tidak menghiraukan orang ramai yang melihatnya dan kemudian menghilang kan diri setelah beberapa minit.

Hujan lebat lebih dua jam bermula 2 petang hari ini, mengakibatkan beberapa kawasan di ibu kota dilanda banjir kilat. Antara kawasan terjejas termasuk Lebuh Ampang, Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Jalan Semarak, Lorong Ayer Leleh 5 dan Jalan San Ah Wing,

Kampung Semarak. Terdapat jalan utama yang dinaiki air menyebabkan beberapa kenderaan ditenggelami air dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan.

Admin sendiri berderau jantung tengok weh, manakan tidak, memang ini bukan petama kali,, tetapi kali ini lebih teruk! Harap mereka yang berada disana baik-baik sahaja. Sama-sama kita doakan.

Sumber: Lobakmerah Youtube Bro Jinggo

Continue Reading
Advertisement

Trending

Idea and Concept by @ Rentas Malaysia